Thursday, May 29, 2014

AL FATIHAH....KEMBALINYA SEORANG SULTAN MENGHADAP ILAHI





Bendera Negeri Perak akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari tempoh berkabung



Pada ( 28/05/2014 ), telah diumumkan kemangkatan Sultan Perak yang dikasihi oleh rakyat jelata Negeri Perak. Mari kita sama-sama sedekah kan AL-FATIHAH. Semoga roh Baginda ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Amin..


Di bawah ialah biografi Baginda untuk kita susuri..

DYMM PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH

  • Dilahirkan pada 19 April 1928 di Batu Gajah, Perak
  • Berkahwin dengan Tuanku Bainun Mohd Ali, mendapat 2 putera & 3 puteri
  • Ditabalkan sebagai Sultan Perak yang ke 34 pada 3 Februari 1984
  • Yang Di pertuan Agong Malaysia yang ke 9 ( 26 April 1989- 25 April 1994)

PENDIDIKAN

  • Pendidikan awal di Government English School ( SMK Sultan Yussuf ) & Kolej Melayu Kuala Kangsar ( MCKK )
  • Mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di University of Nottingham, UK pada tahun 1953

DUNIA PEKERJAAN

  • Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen
  • Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa
  • Penasihat Undang-undang Negeri Pahang
  • Penasihat Undang-undang Negeri Johor
  • Hakim Mahkamah Tinggi Malaya yang merupakan hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel ( 37 tahun )
  • 1973 : Hakim Mahkamah Persekutuan
  • 1979 : Ketua Hakim Mahkamah Tinggi
  • 1982 : Ketua Hakim Negara



Al-Fatihah....Sultan Azlan Shah dalam kenangan.....




Wednesday, May 21, 2014

TART GEBU IS ON DEMAND !!

Alhamdulillah, bisnes pertama ( sebelum ni tak pernah terfikir nak bisnes) selepas attend seminar Doc. Azizan Osman sangat-sangat menggalakkan.

Semakin hari , semakin ramai yang kenal dan tercari-cari TART GEBU dari C'HIK CUISINE ini...

Sebab rasanya yang diperbuat dari pure butter, inti jem yang segar  dan saiz nya yang agak besar telah menjadikan ia kegilaan ramai. Siapa yang tak rasa lagi, memang rugi lah...


JOM PM LAJU-LAJU DI NO 0173742249. Tempahan untuk hari raya kini dibuka dan juga pada sesiapa yang nak jadi ejen tambah duit poket, sangat-sangat lah dialu-alukan...


TERSANGAT LAH GEBU....!!
EJEN DIPERLUKAN................

Tuesday, May 13, 2014

MEE REBUS TERBAIK DI SUNGKAI, PERAK

Assalam,


Dah lama tak tulis pasal kedai-kedai makan yang best kan.. kali ni saya nak kongsi satu kedai makan yang agak simple di tepi jalan. Ianya terletak di pekan Sungkai , Perak berhadapan dengan stesyen minyak Petronas.

Kedai  ni jual macam-macam juga..tapi hari tu saya dan mak ayah saya order mee rebus. Sedap sebab kuah dia just nice. Dengan rasa pedas+ manis + kentang yang dilecek tu memang thorbaek..hehe..dah lama saya cari kuah mee rebus yang macam ni. Akhirnya dapat juga saya merasa. Last rasa kuah mee rebus yang sedap macam ni dekat kantin sekolah rendah.

Siapa-siapa yang datang ke Sungkai meh la singgah kedai ni..:-)








KAYA...KAYA..DAN KAYA....


ASSALAM,

Lama tak menulis dan sharing di blog ni. Sebabnya sekarang ni alhamdulillah ALLAH bagi rezeki dalam bisnes pula. Walaupun part time jual kek & cookies, tapi alhamdulillah niat asal untuk menambah nilai hidup orang lain buatkan bisnes saya semakin dikenali..syukur YA Allah.

Cakap pasal kaya, semua orang nak kaya. Betul tak? Saya pun nak kaya. Tapi kita selalu nak kaya dari segi kewangan sebab bila ada banyak duit, banyak la benda boleh dibeli dan dibuat..ye tak? 

Tapi tahu tak ada 7 jenis kekayaan , bukan saja dari segi kaya kewangan tapi macam-macam lagi. Jika kita muhasabah diri dan berfikir sedalam-dalamnya, insyallah kita nak kaya yang lain selain kaya duit.

Jom semak kat bawah ni 7 jenis kekayaan. Semoga memberi manfaat !

1) KAYA DALAMAN

  • Memiliki set minda yang positif, harga diri yang tinggi, ketenangan dalaman dan kekuatan spiritual yang tinggi.

2) KAYA KESIHATAN

  • Health is wealth ( kesihatan itu kekayaan ). Tiada gunanya kejayaan dalam pekerjaan, keuntungan dalam perniagaan jika jatuh sakit dalam usaha mengejarnya.

3) KAYA PERHUBUNGAN 

  • Jika perhubungan kita dengan keluarga dan orang di sekililing kita dalam keadaan baik dan harmoni, kehidupan akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Keluarga mesti diutamakan kerana di situlah terkumpulnya orang yang paling kita sayang.

4) KAYA LEGASI

  • Buatlah sesuatu yang terus hidup setelah kita mati. Itulah yang sering dipesankan oleh orang yang bijksana. Jangan sekadar hidup yang biasa-biasa sahaja tetapi berilah impak yang yang signifikan yang tersu berkekalan dan dikenang sebagai legasi kepada generasi kemudian setelah permergian kita.

5) KAYA PENGALAMAN

  • Jiwa manusia sentiasa  dahagakan pengalaman baru. Perasaan ingin tahu dan menimba pengalaman akan menimbulkan keseronokan dan keceriaan dalam hidup kita.

6)KAYA EKONOMI

  • Walaupun wang bukan perkara terpenting dalam hidup, tetapi wang tetap penting untuk menguruskan kehidupan dengan lebih baik.


Wallahullam....:-)






Friday, March 14, 2014

AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER

http://www.ayuinsyirah.my/2014/03/segmen-ayuinsyirah-mencari-rakan-blogger.html


Assalam ..saya Azie..dari Ipoh , Perak...Selamat berkenalan..:-)

DOA KAMI UNTUK MU ..#MH370

DOKTOR VS PEGUAM ( 4 )

Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar setiap permintaan hamba-hambanya. Dan Allah itu rindu akan rintihan dan tangisan hamba-hambanya yang kadang-kadang lalai dan alpa tika di ulit dengan kesenangan.

Dulu saya tak nampak apa hikmah yang saya dapat bila dapat keputusan SPM yang agak teruk. Dulu saya tak bersyukur walaupun saya lulus semua subjek dalam SPM. Allah cuma nak uji saya . Saya dapat terima ujian itu dengan hati terbuka atau tak. Setiap kali solat, air mata saya pun keluar. Memang time tu doa sungguh-sungguh, tertidur di sejadah dengan linangan air mata.

Kehidupan pun diteruskan. Saya sambung Form 6 tapi masih aliran Sains. Saya masuk sekolah yang berlatar belakangkan agama Kristian sebab itu saja sekolah yang menawarkan Form 6 pada saya. Jarak sekolah dari rumah saya agak jauh. Saya terpaksa bangun seawal 5 pagi untuk menunggu bas dan hakikatnya saya memang tertinggal sembahyang Subuh ! Solat Subuh saya di atas bas kerana bas itu akan masuk ke kawasan perumahan yang lain untuk mengambil pelajar lain. Saya hanya akan sampai ke sekolah pada jam 7.15 pagi. Berdosanya saya pada ketika itu kerana saya tiada pilihan. Ayah saya tidak lagi mahu ambil tahu tentang saya ketika itu. Tapi tetap bersyukur sebab mak lah yang sentiasa temankan saya ketika itu terutama menemani saya menunggu bas pada pukul 5 pagi. Terima kasih mak !!

Kesedihan saya tak berakhir lagi. Masuk sekolah tu seolah tak membantu apa-apa. Masakan tidak, saya tak boleh bawa semua subjek Sains...Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan...tambah-tambah nak bersaing dengan pelajar-pelajar CINA...Sangat stress...Cita-cita nak jadi doktor terus merudum jatuh...huuuu...

Tapi saya tak putus asa dan putus doa. Saya merancang untuk memohon pertukaran sekolah lain dan mengambil bidang sastera sebab saya tahu kemampuan saya dalam bidang itu. Sesungguhnya perancangan Allah itu lah yang terbaik. Sedang saya berkira-kira untuk membuat permohonan pertukaran sekolah, Allah makbulkan doa saya. Permohonan rayuan saya untuk masuk ke Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan Undang-Undang akhirnya tercapai. Syukur alhamdulillah. Sungguh tak dapat saya bayangkan perasaan saya ketika itu. Baru lah saya berani untuk keluar dari dunia tempurung saya dek kerana menahan perasaan malu terhadap  kawan-kawan lama. Permohonan saya ke UIA  untuk memilih  bidang Undang-undang telah lama dibuat  setelah melihat keputusan saya yang agak teruk dalam subjek Sains sejak masuk ke sekolah itu.

Akhirnya.........ini lah yang saya capai setelah mengharungi suka duka yang dipendam selama ini...alhamdulillah...







Wednesday, March 12, 2014

BERDOALAH KUAT-KUAT UNTUK MH 370

JANGAN PERNAH PUTUS DOA DAN HARAPAN. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MENGETAHUI APA YANG TERSIRAT.


PRAY FOR MH370 #


                                     

DOKTOR VS PEGUAM ( 3 )

Assalam,

Lamanya tak update blog ni..huu...sebelum tu rasa sedih masih menyelubungi diri saya lantaran kehilangan misteri pesawat MH370 pada Sabtu lepas (8/03/14) . Semoga doa yang tak putus-putus terus kita semua kirimkan agar terungkai segala hijab yang terhalang dan yang tersirat. Amin.

Ok. As usual nak sambung balik cerita saya di sebuah sekolah berasrama di sebuah negeri. Masuk je sekolah, saya dah mula stress, tertekan, home sick ..semua ada. Nak mengadu kat ayah time tu takut sebab dia yang beria-ia suruh saya masuk sekolah tu dengan alasan sekolah tu murid-muridnya semua pandai dan saya boleh jadi doktor sebab ambil aliran sains.

Saya cuba untuk sesuaikan diri tapi malangnya saya gagal sehingga lah ke penghujung tamatnya persekolahan di sekolah tersebut. Apa yang saya enjoy bila di sekolah tu ialah sebab ada kawan-kawan, ada program sekolah, dan macam-macam lagi.

Teringat time saya di tingkatan 4, dorm saya telah mengadakan jamuan tengah malam tanpa pengetahuan pihak warden ( seingat saya warden tiada ketika itu sebab balik kampung ..hee ). Kami pun menyusun strategi dan memulakan operasi. Saya telah ditugaskan bersama -sama ahli dorm yang lain untuk membeli barang-barang makanan untuk jamuan tengah malam . Ingat lagi time tu beli KFC dan makanan-makanan ringan yang lain. Jamuan bermula tepat jam 12 tengah malam dan berakhir pada pukul 5 pagi hee...nasib baik esoknya hari Ahad di mana kami semua boleh qada' tidur..


Ini antara kenangan manis saya di sekolah tersebut sambil disulami kenangan-kenangan pahit bertemankan air mata. Pernah kena marah dengan ayah sebab nekad nak tukar ke sekolah lama. Pernah kena marah dengan ayah sebab tipu cikgu semata-mata nak balik rumah pada hujung minguu..huuu sadis..

Dan kenangan paling teruk yang tak akan saya lupakan adalah di penghujungnya, takdir ALLAH walaupun saya dah berusaha bersungguh-sungguh di dalam SPM, saya tidak mendapat keputusan cemerlang sebagaimana diharapkan oleh ayah saya. Saya masih bersyukur kerana saya lulus di dalam semua subjek tetapi itu tidak memuaskan hati ayah saya yang mahukan straight A's . Maaf, saya dah cuba tapi saya tak mampu.

Bermula dari hari itu, saya fikirkan perkara pahit di sekolah itu akan  berakhir tetapi tidak..rupa-rupanya ia baru dan akan  bermula. Sejurus keputusan SPM diumumkan di mana keputusan saya tidak seindah dulu, hidup saya berubah 100%. Saya dimarahi , ditengking dan dipulaukan oleh ayah saya selama beberapa bulan. Berbulan-bulan saya hanya menangis dan berkurung di dalam bilik dan tidak bercakap dengan sesiapa kecuali emak saya.

Saya sendiri apply borang macam-macam tuk sambung study. Time tu semua buat sorang-sorang. Cerita sedih datang lagi bila permohonan untuk masuk pusat matrikulasi tak lepas sebab subjek sains saya hanya cukup-cukup makan. Adoii meraung dan main biola lagi saya. Menangis setiap kali lepas solat. Tapi kehidupan perlu diteruskan. Time tu ada terfikir nak cari keje kilang je huuu..Time ni ayah memang tak ambil peduli tentang saya. 

( BERSAMBUNG YE...)

Tuesday, February 11, 2014

DOKTOR VS PEGUAM ( 2 )

Assalam,

Bersambung lagi ye kisah saya ni. Setelah dua tahun bertungkus lumus menelaah di sekolah berasrama tersebut, saya masih belum dapat capai keputusan peperiksaan yang cemerlang. Selalu je dapat nombor kedua last dalam kelas hik..hik...selalu juga kena marah dengan ayah sebab prestasi pelajaran semakin merosot especially subjek Biologi, Kimia, Matematik Tambahan dan Fizik. Saya pernah dapat markah paling corot untuk mata pelajaran Fizik dan di senaraikan sebagai salah seorang pelajar yang WAJIB masuk kelas insentif setiap pagi Sabtu..huu....

Saya dapat rasakan yang saya memang tak boleh adapt dengan pembelajaran di sekolah tersebut adalah kerana HOME SICK ! First time berjauhan dengan family, first time basuh baju sendiri , dan serba serbi adalah FIRST TIME. Saya pernah minta tukar balik ke sekolah lama sebab saya stress yang teramat sangat ketika itu sampai saya mula berubah jadi nakal ( sikit je lahh). Tapi malangnya permintaan saya untuk pindah semula ke sekolah lama tidak di layan oleh ayah saya dan terpaksa la saya kembali meringkuk di dalam penjara sekolah tersebut. Contoh kenakalan saya yang tak berapa nakal ini adalah meniru jawapan kawan untuk menyiapkan kerja sekolah bagi subjek Matematik Tambahan ( tiru bulat-bulat ok), ponteng kelas Fizik dengan menyorok di dalam tandas sekolah , meniru jawapan kawan time periksa bagi subjek Biologi, & yang paling best selalu tidur dalam kelas atau makmal bagi subjek-subjek yang dinyatakan. Bila cikgu panggil untuk jawab soalan di papan hitam, mula lah menggelabah haha....

Tapi saya tahu yang saya suka, minat dan berbakat dengan subjek-subjek lain seperti Sejarah, Bahasa Inggeris , Bahasa Melayu, & Pendidikan Agama Islam.  Buktinya saya pernah memenangi nota Sejarah paling cantik dan kemas, pernah masuk pertandingan debate Bahasa Inggeris ( tu je la pencapaian kecil saya di sekolah penjara itu)


berssambung.....


Sunday, February 9, 2014

TAT GEBU TERUS TAKLUKI IPOH

Assalam,




Alhamdulillah,syukur sangat sebab first batch tuk test market TAT GEBU keluaran syarikat CHIK CUISINE sangat lah menggalakkan. Rasa bertuah sebab dapat share dengan orang ramai tentang biskut tat nenas gebu yang sememangnya gebu serta lazat, padat dengan inti dan bau biskut yang enak. Sangat menyelerakan.


Ada customer yang baru je tengok TAT GEBU, belum rasa lagi dah order tat tersebut. Alhamdulillah, customer nampak kesungguhan CHIK CUISINE dalam menyediakan biskut tat gebu dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.

Hari ni stok baru TAT GEBU dah pun sampai ke Ipoh lagi. Disebabkan kegebuan dan kepadatan tat tersebut , telah ramai yang order untuk menikmati sendiri tat tersebut. Terpaksalah tat tersebut di hantar melalui bas.

Esok saya akan membuat penghantaran percuma kepada customer dan peminat tat gebu di Ipoh. Saya percaya niat owner CHIK CUISINE untuk menghasilkan biskut tat yang gebu, dan padat dengan isi jem nenas yang segar dapat diterima ramai.


Dan CHIK CUISINE juga ingin membantu anda di luar sana untuk menambahkan pendapatan anda semua dengan menjadi ejen/ stokis mereka di negeri masing-masing. Jika berminat sila pm /wassap no ini : 0173742249 ( azie ).


Jom lah kita saling bantu membantu dan sharing sesama kita..

 

Tuesday, February 4, 2014

DOKTOR VS PEGUAM

Assalam,

Seharian dikelilingi fail-fail kes yang bertimbun di ofis, rasa macam nak termuntah. Teringat zaman sekolah dulu cita-cita nak jadi peguam tak ada dalam fikiran langsung. Turning point nak jadi peguam adalah selepas tamat sekolah tingkatan 5 . Tapi masa tu memang rasa bidang undang-undang tu best sangat-sangat. Ahaks !!.


10 tahun lepas, dengan keputusan PMR yang agak cemerlang dapat lah saya menjejakkan  kaki ke salah sebuah sekolah harian berasrama penuh di Ipoh. Mula-mula memang teruja dan rasa bangga sebab dapat masuk sekolah yang hebat tanpa saya sedar di situ la sebenarnya zaman kegelapan dan kestressan ( ada ke ayat ni..haha redah je la ) saya bermula. Angan-angan seiring dengan cita-cita sebab nak jadi doktor. Tambahan pula dapat sambung dalam aliran Sains Tulen yang ambil subjek Biologi ( tambah biol kepala otak) , Kimia ( ape kejadah nak kena kira molekul minyak masak huu ), Fizik ( pe motip nak kena kira berapa laju pecutan atau geseraN ) dan subjek-subjek yang sewaktu dengannya. Time tu rasa dah hebat giler la sebab dapat ambil core subjek macam tu huu tambah-tambah Matematik Tambahan .


Sebulan dua masih ok. Konon-konon nak sesuaikan diri dengan persekitaran sekolah baru. Tambahan pula first time masuk asrama. Mana biasa nak basuh baju sendiri, mandi ramai-ramai, makan kat dewan makan huu.. memang home sick selama dua tahun kat sekolah tu ok.

Ingatkan dah ok homesick nya. Tapi masuk bulan -bulan seterusnya makin bertambah teruk.. Ditambah pulak setiap kali ujian bulanan , mesti dapat result yang agak corot among sume students especially dalam subjek Sains, huuu...




ni lah contoh time wat eksperimen  dalam makmal sains hee
Bersambung kisah saya ni ye...:-)                              





SEGMEN : BLOGLIST ISTIMEWA AYUINSYIRAH TAHUN 2014

Monday, February 3, 2014

RM 5 DIBALAS SERIBU KALI GANDA

Assalam,

SETIAP ORANG WAJIB BACA BUKU NI..
       First time saya tengok buku ni terus saya beli. Tapi nak dijadikan cerita lepas beberapa hari, buku ni saya hadiahkan pada seorang kawan saya  yang akan berpindah tempat kerja.  Tapi saya sempat membaca isi kandungan buku karya nukilan Saudara Fathuri Salleh ini. Gaya bahasa dan penceritaan yang santai dan mudah difahami di dalam buku ini menyebab kan saya terus membaca.


Memang semua apa yang diceritakan di dalam buku ini benar belaka. Tentang keajaiban bersedekah terutamanya. Ada satu topik di dalam buku ini yang bertajuk ' RM1 DIBALAS RM100', dan beberapa lagi tajuk lain yang berkaitan. Ye. Benar. Sekiranya kita bersedekah sekali, Allah akan membalas sedekah kita itu sepuluh kali ganda.


Ada satu kisah benar-benar terjadi pada diri saya. Saya tidak menganggap yang terjadi itu satu kebetulan melainkan dengan izin Allah s.w.t . Dan apa yang dikata kan sedekah RM1, dibalas 100 memang terjadi pada saya. 

Pada bulan Ramadhan yang lalu, sewaktu saya berada di bazar Ramadhan , saya terlihat seorang peminta sedekah yang sudah kudung kakinya meminta sedekah. Selepas saya selesai membeli juadah untuk berbuka, saya terus menghampiri beliau dan memberi sedekah RM5 kepada beliau. Padahal sebelum ini saya hanya memberi RM1 sahaja kepada mana-mana peminta sedekah yang saya temui. Tetapi kali ini perasaan ingin memberi lebih dari kebiasaan tiba-tiba hadir dalam diri. Dan selepas itu saya pulang ke rumah.


Kehidupan saya berjalan seperti biasa sehingga lah ofis saya mengumumkan pemberian bonus atau duit raya sempena hari raya yang akan tiba. Sebagai pekerja yang baru berkhidmat tidak lebih dari 2 tahun, saya terima apa saja jumlah duit raya yang bakal diterima.  Majikan saya  ( berbangsa Cina ) menyerahkan satu sampul duit raya yang agak tebal. Saya hanya mengambil sampul duit raya tersebut tanpa mengetahui berapa jumlahnya. 

Setiba di dalam bilik saya ( di ofis ), saya curi-curi kira jumlah duit tersebut. Saya tidak keluarkan semua duit tersebut untuk mengira, tetapi cukup sekadar mengira helaian wang kertas yang ada di dalam sampul tersebut Alhamdulillah. Jumlah yang saya rasakan sesuai untuk pekerja seperti saya. Dapat lah dijadikan duit raya dan buat persiapan untuk hari raya. Setibanya di rumah, saya terus mengeluarkan sampul duit raya tersebut dan mengira sekali lagi jumlah wang tersebut dengan mengeluarkan terus semua wang kertas RM50 yang ada di dalam sampul tersebut. 

Saya terkejut. Jumlah yang saya kira di ofis tadi tidak sama dengan apa yang saya kira di rumah pada waktu itu. Saya kira sekali lagi. Alhamdulillah, syukur apa yang saya dapat lebih dari apa yang saya kira sebelum ini. Dan saya teringat not RM5 yang telah saya sedekah kan di bazar Ramadhan tempoh hari kepada seorang pengemis itu telah datang balik kepada saya dengan jumlah 1,000 kali ganda. Subhanallah. Setiap janji-janji Allah itu pasti. 

Dan buku ' Mudahnya Menjemput Rezeki ' ini memang wajib dijadikan panduan untuk kita semua. Buku ini juga saya telah hadiahkan kepada kawan saya (seperti mana telah dinyatakan di atas ), tetapi buku ini kembali kepada saya dengan PERCUMA di mana saya telah dihadiahkan dengan 2 buah buku mini buku tersebut sewaktu saya menyertai program-program  Dr. Azizan Osman. Ajaib kan ?



BUKU MINI MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI YANG SAYA DAPAT PERCUMA 
                                          


FENOMENA TART GEBU !!!

STOK TART GEBU YANG GEBU !
Assalam,

Tart Gebu dah jadi fenomena sekarang ni. Alhamdulillah, saya dah pun jadi stokis kat area Ipoh dan kawasan yang sewaktunya.

Hari ini CEO Chik' s Cuisine atau pun Tart Gebu telah pun menghantar stok kepada saya di Ipoh. Memang terasa kegebuan tart ni bila masuk ke dalam mulut. Memang sedap dan penuh di mulut. Sesuai dengan tagline Tart Gebu,iaitu 'PADAT DI MULUT, PENUH DI PERUT".






  Kini giliran anda pula untuk mencuba dan merasai sendiri tart gebu yang pasti    gebu. Tak jemu makan. Sila pm saya di no 0173742249 untuk merasai sendiri tart gebu yang sememangnya gebusss.....    dan like fb page chik's cuisine.                                                              

Thursday, January 30, 2014

PENCARIAN 50 BLOGLIST MAMANIZA

AJL 28 DAH SEBAYA DENGAN SAYA..:-)

Asssalam,

AJL baru je habis ahad hari tu. Diam tak diam sebenarnya AJL tu dah sebaya dengan saya.huu. opps bln 9 ni baru betul-betul sama ok.

Yang saya nak kongsikan sebenarnya adalah semakin meningkat umur saya, semakin kurang teruja nak tengok AJL macam 3 tahun yang lepas.. Kalau dulu, tu dia AJL stat kul 9, kul 8 dah tercongok depan TV..hee..siap malam sebelum tu tak leh tido lagi..

Yang paling kelakar siap tulis dalam kertas artis dan lagu mana yang dapat masuk final AJL. Konon-konon senang nak wat rujukan. Rujukan apa pun tak tau la.Bukan masuk exam pun huu...

Terutama sekali time Siti Nurhaliza tengah famous , setiap tahun masuk AJL , lagi la teruja sangat nak tunggu. Maklum lah artis kesayangan time tu.hee..

Tapi sekarang perasaan teruja nak tengok tu dah tak de lagi.. Lagu dan artis mana yang dapat masuk final pun saya dah tak ambil tahu.AJL start pukul 9, pukul 10.30 baru saya buka TV..huu.. pastu tak larat nak tunggu , sebelum umum pemenang saya dah tidur..hee..esok baru tengok dalam paper sapa pemenangnya..

Apepun meh tengok sapa yang menang....:-)

        
   
                  

Wednesday, January 29, 2014

CHINESE NEW YEAR ( ISLAM KONFIUS ???)

Assalam,

CNY makin nak dekat. Yang best sebab ofis bagi cuti lama dari Khamis sampai Isnin. Hee..Tak kisah la perayaan apa sekali pun tapi bila sampai bab cuti, semua orang alert..haha.

Tapi yang tak bestnya kenapa kita mesti nak raikan perayaan tu di tempat yang salah semata-mata untuk memenuhi kehendak majikan bukan beragama Islam? Yang buat saya terkilan, bangsa Melayu yang beragama Islam yang terhegeh-hegeh nak ikut raikan makan besar diorang. Bertudung pula tu. Buat di restoran yang langsung tiada tanda "HALAL".

Padahal sebelum pergi majlis meraikan tersebut,semua pekerja diberi pilihan samada untuk join atau tidak. Pilihan di tangan sendiri tapi tak tau lah beberapa orang pekerja Islam yang nak juga join walaupun tahu restoran tu langsung tak halal. Alasannya adalah sebab takut tak dapat bonus dan insentif. What???? Saya rasa macam nak tepuk dahi dan hentak kepala kat dinding banyak-banyak kali. Masayallah !! Mereka lebih takutkan majikan bukan beragama Islam tu dari takutkan Allah. Mereka lebih mengharapkan penghargaan manusia daripada menjaga pandangan Allah.


Apabila ditanya kenapa masih nak pergi sedangkan tahu tak halal. Jawapannya senang, ' ala, bukannya nak makan kat situ pun, just nak raikan je. Kitaorang bawa la makanan lain'. Bila ditanya lagi, tak takut ke orang lain pandang orang Islam masuk kedai tu? . Jawapannya senang lagi. ' Ala, pedulikan lah apa orang nak kata '. Time ni saya rasa nak hentak pulak kepala dia kat dinding. Sungguh. Analoginya adalah seperti perempuan melayu beragama Islam yang memakai tudung masuk ke kelab malam,dengan alasan ' saya masuk je , tak minum arak pun'. Tapi bukan ke benda-benda tu akan mendatangkan fitnah pada orang yang terlihat dia masuk ke dalam tempat-tempat haram tu.

Yang saya kelakarnya, apabila mereka sampai di restoran tersebut, pekerja-pekerja melayu yang beragama Islam dan bertudung ini tidak dibenarkan masuk atas alasan restoran tersebut tidak halal. Lihat lah betapa mereka yang bukan beragama Islam pun hormat akan agama kita. Tapi sayang, pekerja-pekerja Islam ini terus mempertahankan hak mereka untuk masuk juga ke restoran tersebut dengan alasan sebab ikut company's lunch treat. Dan akhirnya dibenarkan apabila bos masuk campur. 

Tak habis lagi. Mereka -mereka ni rupanya bawa makanan luar semata-mata nak juga makan kat situ. Haha..kelakarnya..sebenarnya restoran tu tertulis "no outside food is allowed ". Tapi bila bos masuk campur, dibenarkan la jugak.Kesian. Tak kan nak tengok je orang lain makan kan .


Kesian betul saya tengok golongan yang macam ni. Sebab diorang tak yakin rezeki Allah bagi. Takut sangat dengan majikan sampai kena ikut semua peraturan ofis walaupun sah-sah bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka sendiri yang merendahkan maruah agama Islam di mata agama lain. Patut lah umat Islam tak kuat dan tak boleh bersatu. Percaya lah, bukan majikan yang bagi kita rezeki. Tapi Allah. Semakin kita jaga Dia, Dia akan jaga kita. Dan Allah adalah majikan kita di dunia. 


                                

Tuesday, January 28, 2014

GIVEAWAY CNY BY DEDEQ

GIVEAWAY SANTAI HUNYEDA


Assalammualikum
!*__*!

Hari ne baru ada kesempatan nak buat GA. Janji hari khamis sebelum ne. Maaf kepada semua sponsor. So, hari ne GA akan berlangsung sekarang. Harap ada sambutan ^^
























Monday, January 27, 2014

TAT NASI AYAM PALING BEST

Assalam,

Malam ni sambil layan AJL , nak juga share pasal satu kedai nasi ayam yang bagi saya sangat sedap dan unik. Tiba-tiba teringat sebab ayam dia sangat sedap hee..tapi kat Ipoh tak de la pulak..

Nama kedai ni TAT NASI AYAM. Saya selalu pergi di Alor Setar, Kedah sebab bila outstation ke sana, mesti singgah. Kedai ni ada beberapa branch lagi contoh di Sg.Petani dan Taiping ( dua ni je yang saya tau ..hee)

                                    

Yang saya nak share ni adalah keenakan nasi ayam panggang yang disertakan dengan kuah asam dan kicap dan sos. Memang terbaik ! dan juga nasi dia pun sedap dan lembut je. Harga pun tak mahal. Rasanya satu pinggan dalam rm4.50 ( kalau tak salah ). Sup dia tak payah cakap la, memang sedap giler. Teruja sangat setiap kali pergi Alor Setar mesti nak singah. Ayah saya siap order sup kaki ayam..hee. Dan kedai ni setiap kali pergi mesti penuh tapi yang bagusnya service dia laju je..tak payah nak tahan lapar lama-lama sangat. tip top.






so sape-sape yang rasa nak try nasi ayam ni adalah sangat-sangat digalakkan.hee...selamat menjamu selera..:-)

Friday, January 24, 2014

AISKRIM SLURPPPP WARISAN BONDA

[Penyejuk Badan Paling Best]

penyejuk badan yang paling murah, mudah, cepat dan paling membahagiakan satu ketika dahulu....

Teringat pada zaman kanak-kanak dahulu...berbekalkan duit syiling...sanggup berlari-lari ke kedai runcit mencari sumber penyejuk badan....kadang-kadang sanggup kayuh basikal meredah keterikkan matahari semata-mata inginkan "penyejuk badan" ini...

Berkat hasil usaha meredah kepanasan matahari, ais krim malaysia berjaya dibeli...boleh dinikmati dengan pelbagai cara...paling best kalau dapat perisa asam boi or milo...pergh syahdu seh!!!!
(*meleleh air liur membayangkan ais krim sekarang ini,,,)


Jom kita menggamit kenangan zaman dolu-dolu...