Tuesday, February 11, 2014

DOKTOR VS PEGUAM ( 2 )

Assalam,

Bersambung lagi ye kisah saya ni. Setelah dua tahun bertungkus lumus menelaah di sekolah berasrama tersebut, saya masih belum dapat capai keputusan peperiksaan yang cemerlang. Selalu je dapat nombor kedua last dalam kelas hik..hik...selalu juga kena marah dengan ayah sebab prestasi pelajaran semakin merosot especially subjek Biologi, Kimia, Matematik Tambahan dan Fizik. Saya pernah dapat markah paling corot untuk mata pelajaran Fizik dan di senaraikan sebagai salah seorang pelajar yang WAJIB masuk kelas insentif setiap pagi Sabtu..huu....

Saya dapat rasakan yang saya memang tak boleh adapt dengan pembelajaran di sekolah tersebut adalah kerana HOME SICK ! First time berjauhan dengan family, first time basuh baju sendiri , dan serba serbi adalah FIRST TIME. Saya pernah minta tukar balik ke sekolah lama sebab saya stress yang teramat sangat ketika itu sampai saya mula berubah jadi nakal ( sikit je lahh). Tapi malangnya permintaan saya untuk pindah semula ke sekolah lama tidak di layan oleh ayah saya dan terpaksa la saya kembali meringkuk di dalam penjara sekolah tersebut. Contoh kenakalan saya yang tak berapa nakal ini adalah meniru jawapan kawan untuk menyiapkan kerja sekolah bagi subjek Matematik Tambahan ( tiru bulat-bulat ok), ponteng kelas Fizik dengan menyorok di dalam tandas sekolah , meniru jawapan kawan time periksa bagi subjek Biologi, & yang paling best selalu tidur dalam kelas atau makmal bagi subjek-subjek yang dinyatakan. Bila cikgu panggil untuk jawab soalan di papan hitam, mula lah menggelabah haha....

Tapi saya tahu yang saya suka, minat dan berbakat dengan subjek-subjek lain seperti Sejarah, Bahasa Inggeris , Bahasa Melayu, & Pendidikan Agama Islam.  Buktinya saya pernah memenangi nota Sejarah paling cantik dan kemas, pernah masuk pertandingan debate Bahasa Inggeris ( tu je la pencapaian kecil saya di sekolah penjara itu)


berssambung.....


No comments:

Post a Comment