Tuesday, February 4, 2014

DOKTOR VS PEGUAM

Assalam,

Seharian dikelilingi fail-fail kes yang bertimbun di ofis, rasa macam nak termuntah. Teringat zaman sekolah dulu cita-cita nak jadi peguam tak ada dalam fikiran langsung. Turning point nak jadi peguam adalah selepas tamat sekolah tingkatan 5 . Tapi masa tu memang rasa bidang undang-undang tu best sangat-sangat. Ahaks !!.


10 tahun lepas, dengan keputusan PMR yang agak cemerlang dapat lah saya menjejakkan  kaki ke salah sebuah sekolah harian berasrama penuh di Ipoh. Mula-mula memang teruja dan rasa bangga sebab dapat masuk sekolah yang hebat tanpa saya sedar di situ la sebenarnya zaman kegelapan dan kestressan ( ada ke ayat ni..haha redah je la ) saya bermula. Angan-angan seiring dengan cita-cita sebab nak jadi doktor. Tambahan pula dapat sambung dalam aliran Sains Tulen yang ambil subjek Biologi ( tambah biol kepala otak) , Kimia ( ape kejadah nak kena kira molekul minyak masak huu ), Fizik ( pe motip nak kena kira berapa laju pecutan atau geseraN ) dan subjek-subjek yang sewaktu dengannya. Time tu rasa dah hebat giler la sebab dapat ambil core subjek macam tu huu tambah-tambah Matematik Tambahan .


Sebulan dua masih ok. Konon-konon nak sesuaikan diri dengan persekitaran sekolah baru. Tambahan pula first time masuk asrama. Mana biasa nak basuh baju sendiri, mandi ramai-ramai, makan kat dewan makan huu.. memang home sick selama dua tahun kat sekolah tu ok.

Ingatkan dah ok homesick nya. Tapi masuk bulan -bulan seterusnya makin bertambah teruk.. Ditambah pulak setiap kali ujian bulanan , mesti dapat result yang agak corot among sume students especially dalam subjek Sains, huuu...




ni lah contoh time wat eksperimen  dalam makmal sains hee
Bersambung kisah saya ni ye...:-)                              





No comments:

Post a Comment