Tuesday, December 31, 2013

SAYONARA 2013, WELCOME 2014....

s

PENCARIAN BLOGLIST BULAN JANUARI 2014

Pencarian Bloglist Bulan Januari 2014

Assalamualaikum semua, hari ni kinah nak lancarkan pencarian bloglist untuk bulan Januari.


SYARAT-SYARAT
  • Follow blog kinah bagi yang belum Follow, dah, follow sila abaikan.
  • Derma sikit kat tabung kinah ni  
  • Backlink banner ke blog ni tau  
Pencarian ni berakhir pada 2 Januari 2014

Monday, December 30, 2013

KELAS IMKK DR. AZIZAN OSMAN DEC 2013 (3)

Salam,

HARI PERTAMA ( 13/12/13)

Agak-agak dah nak dekat pukul 2 petang, baru la pergi balik ke Stadium Shah Alam. By that time, parking memang dah full dan tiba-tiba je hujan turun dengan agak lebatnya. Saya terpaska la meredah lautan manusia yang memang saya tak tahu datang dari mana, tiba-tiba je stadium tu dah penuh bersesak-sesak. Serius, saya rasa macam nak pergi tengok konsert Siti Nurhaliza mahu pun Linkin Park huu...siap bertolak-tolak..nasib takk jatuh pengsan.

Tengah syok tolak-menolak tu, tiba-tiba ada seorang sister jerit, " Siapa yang mahu bilik kosong, datang jumpa saya, sementara stok masih ada. Hanya RM100 semalam !" . Dalam hati saya kata,' wah, sempat lagi berbisnes time keadaan sesak cam separuh nak mati ni, kalau otak bisnes , memang otak bisnes..hehe'.

Lepas dah melepasi je pintu masuk tu, wah apalagi langkah kaki seribu la sebab nak cop tempat yang best. Yang betul-betul mengadap stage. Tapi kena sedar diri sikit la sebab amik seat general je ( dalam erti kata lain seat yang paling murah..hehe). Alhamdulillah, dapat betul-betul mengadap stage. Wah, ini la yang dinamakan aura positif sudah mari...

Lebih kurang jam 2.05 petang, kelas IMKK Dec 2013 pun bermula dengan tarian Bara-bara Bere-bere..hehe..memang best..baru la tahu rupa-rupanya 6,000 orang peserta join kelas ni..patut la padat dan sendat huuu...dan aura positif 6,000 orang peserta tu masih terasa sehingga ke saat ini especially time menari ramai-ramai dan say 'I' ramai-ramai.

Dan tiba lah saat yang dinanti-nantikan iaitu Kemunculan Mentor IMKK iaitu Dr. Azizan Osman. Beliau pun tanpa segan silu menari even umum tahu saiz badan beliau adalah XXXL..huu tapi disebabkan beliau sentiasa berfikiran positif, beliau tak kisah apa orang nak kata. Even kelas ni ada menari-nari, tapi tempat duduk adalah diasingkan mengikut jantina ye.Lelaki lelaki, perempuan-perempuan. Even suami isteri pun kena duduk asing-asing. Tapi ada la sorang dua yang tak boleh berpisah. Nak wat camane..huu..


HAA..NI LA TAG NAMA YANG HARUS DIPAKAI OLEH PESERTA SEPANJANG PROGRAM..
BEST SEBAB DAPAT TENGOK NAMA SUME ORANG..HEEE



to be continue..........












SEGMEN AZAM BLOG 2014 BY HBP



Salam,

Ni antara azam tahun 2014 yang ingin saya capai . Antaranya :

1) Nak ada bisnes sendiri
2) Nak post entry kat blog setiap hari
3) Nak ada ramai follower ( untuk permulaan newbie cam saya, at least 500 follower)
4) Nak dapat side income dari blog
5) Nak jadi penulis
6) Nak dapat ramai kengkawan dari ramai bloggers
6) ni yang paling penting..nak kahwin...heee....last but not least

Sunday, December 29, 2013

SEGMEN BLOGWALKING & FOLLOW BY YAYA

ASSALAMUALAIKUM

"Segmen Blogwalking & Follow by YAYA"
Syarat-syarat segmen mudah maybe hehehe..
  • Follow blog YAYA bagi yang masih tak follow
  • Follow twitter YAYA, dijamin followback *tak ada tak apa* 
  • Tajuk post : Segmen Blogwalking & Follow by YAYA
segmen sehingga bulan JANUARI 2014

TUDUNG HOT TERKINI LAGI BERPATUTAN !!

Salam,


Hari ni nak promote satu blog yang jual tudung yang cantik-cantik..harga pun berpatutan. Kualiti tudung ni memang baik, tak perlu dipertikaikan sebab tudung-tudung ni datangnya dari negeri Cik Siti Wan Kembang.

Blog ni memang baru tapi owner dia memang aktif jual tudung dan insyalaah dari masa ke semasa akan ada lagi tudung-tudung keluaran terbaru yang pasti memukau mata anda.

Jadi, apa lagi jom follow blog ni di http://www.thetudungblog.blogspot.com/ dan sila lah jamu selera dengan pelbagai fesyen dan koleksi tudung terkini yang pasti menjaminkan kepuasan anda. Rugi kalau tak follow dan beli..


Jom tengok sikit koleksi-koleksi di bawah ( sikit je tau..heee )









Dah tengok ? Haa apa lagi..jom pm laju2  dan tempah tudung anda sekarang....


KISAH IMKK DR.AZIZAN OSMAN DEC 13 (2)

12 Dec

Saya tiba di Stadium Melawati Shah Alam lebih kurang pukul  9 pagi untuk sesi pendaftaran. Konon-konon untuk mengelakkan kesesakan..tapi apabila sampai, saya lihat peserta yang datang mendaftar tidak lah ramai sangaaaattt seperti yang dicanang-canangkan. Di dalam hati ,' ish kata ramai sangat, tapi bagus jugak tak payah nak bersesak-sesak'.

Sempat berposing dengan kakak crew selepas selesai mendaftar...


Nak dijadikan cerita atau mungkin ujian untuk saya, pendaftaran nama saya mengalami sedikit masalah kerana tiada di dalam rekod pihak pengurusan RichWorks. Saya sedikit mengeluh tetap yakin bahawa pembayaran telah pun dibuat melalui resit yang telah pun di'cop' paid. Mungkin Allah ingin menguji sama ada saya sabar atau tidak. Hampir 15 minit, crew RichWorks memeriksa nama saya, alhamdulillah, akhirnya saya adalah salah seorang peserta IMKK 2013. 

Setelah itu, setiap peserta diminta untuk mengambil gambar di photo booth yang disediakan di mana ia dikenali sebagai 'photo aura'. Nak tengok aura pada hari itu positif ke tidak...alamak, saya baru je tension pasal tak ada nama dalam sistem, mesti aura saya ke laut kan..huuu...tapi alhamdulillah, bila dah tangkap gambar dan tengok resultnya, not bad..ada la sikit-sikit kebocoran aura positif di situ ye....heee....

Pendafataran saya selesai lebih kurang pukul 11.45 pagi dan saya dikehendaki menunggu kelas bermula pada pukul 2.00 petang. Jadi, time-time ni lah saya pergi makan ais kacang di Seksyen 7 dan check in hotel.


Ni work book yang kami dapat untuk IMKK 2013
ok, ni lah result aura saya ..heee...

        nampak tak yang putih-putih tu kebocoran aura positif saya..hee.....:-)                                                            





To be continue...........................

Saturday, December 21, 2013

RESCUE-YUNA

RESCUE BY YUNA
She thinks she's all aloneAnd all her hopes are goneAnd so I wrote this songSo she can move alone.
But things work badShe was in despairHer things work badAnd you were not everything
But things work badShe came up for airShe said a little prayer, she found herself
Chorus:Yeah, she's got light in her faceShe don't need no rescue and she's okay.Yeah, she's got a laugh in her faceShe don't need no rescue and she's okay.No SOS me then rescue when she's finally thereNo SOS me then rescue when she's finally there, yeahShe's got a laugh in her face,She don't need no rescue and she's okay
She look into the skyAnd all her tars are dryShe kiss her fears goodbyeShe's gonna be alright.
But things work badIt was .. in repairShe was scared, she couldn't handle it.The things were bad, but now she's gladCan't you tell, she's walking on air?
Chorus:Yeah, she's got light in her faceShe don't need no rescue and she's okay.Yeah, she's got a laugh in her faceShe don't need no rescue and she's okay.No SOS me then rescue when she's finally thereNo SOS me then rescue when she's finally there, yeahShe's got a laugh in her face,She don't need no rescue and she's okay
That girl is you yeah and that girl is meThat girl is strong girl and don't let you seeThat girl is you yeah and that girl is meThat girl is strong girl and don't let you see
[Chorus:]

KISAH IMKK DR .AZIZAN OSMAN DEC 2013 (1)

Assalam,


Ini entry pasal kisah saya. Saya memang suka baca-baca buku motivasi, sebab bila down terus rasa nak motivate diri sendiri. Tapi cara saya memotivasikan diri sendiri adalah melalui pembacaan dan tak pernah atau senang citer tak akan terjebak nak pergi kelas-kelas motivasi yang mana kenal bayar mahal-mahal.Tambah-tambah pulak kalau dengar kelas motivasi pasal bisnes..apa?? bisnes? memang tak la kan sebab jiwa ni memang tak de jiwa bisnes..huuu...konon-konon lepas grad nak keje best-best je....best la sangat ( sambil tunjuk tangan dekat bahu ...)


Pernah la dengar nama Dr.Azizan tapi tak pernah nak bother sapa dia. Why bother? time tu la huu...al-kisah En.Tunang dah dulu jadi pengikut Dr.Azizan dan salu bercerita pasal kehebatan mamat tersebut. Dan saya dengar je..macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri..bla..bla...bla...apa yang hebat sangat ye...

Satu hari, takdir Allah telah menggerakkan hati saya dan rakan saya pergi ke program seminar Jutawan industri di Hotel Riverfront Ipoh. Dah la pergi berdua je, tak daftar apa-apa dekat website, pakai redah je..huuu tapi rezeki kami dapat masuk juga walaupun tak cukup korum bertiga (Baru tau kalau datang bertiga, FREE OF CHARGE)...sampai je tengok ramai giler manusia berbangsa melayu yang datang..rasa cam pelik sebab tertanya-tanya apa ilmu yang Dr.Azizan pakai sampai semua orang berebut-rebut nak masuk..sampai nak solat Maghrib pun bersesak-sesak.


Ilmu yang Dr bagi walaupun sedikit time tu tapi sangat membuka minda dan jiwa saya bahawa untuk mengubah hidup dan menambah nilai hidup pada orang lain, berniaga lah caranya.

Selepas itu, pada 12-15 Dec 2013 bertempat di Stadium Malawati Shah Alam, saya menyertai seminar IMKK setelah dipengaruhi oleh En .Tunang dan family2nya. Mulanya saya berat nak pergi sebab saya sangat sayang nak apply cuti huuu 3 hari pulak tu..tapi saya tekadkan hati dan bertawakal....

Selama 4 hari 3 malam di sana, banyak ilmu yang dapat dipelajari. Secara asasnya, mencari ilmu akhirat lah yang perlu dititik beratkan walau sehebat mana pun bisnes kita, dan itu lah ilmu yang Dr.Azizan ajar dan kongsi dengan 6,000 orang peserta. Dan paling penting setiap langkah kita untuk melakukan apa saja haruslah disusuli dengan langkah yang rapat kepada Sang Pencipta.

Ada satu segmen yang Dr. ajar iaitu power of forgiving. Dr. ajar supaya kita sentiasa memaafkan orang lain walaupun kita rasa kita tak buat salah apa pun. Kadang-kadang rasa ego dan perasaan tu yang buat hidup kita serba tak kena dan apa jua yang kita buat tak berkat. Tambah-tambah lagi dengan kedua ibu-bapa kita. Dan Dr. pun berkongsi satu cerita tetang kuasa memaafkan yang begitu menyentuh hati. Ceritanya begini.

" Ada seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40 -an telah berselisih faham dengan ayahnya sendiri dan tidak pulang ke rumah menjenguk kedua ibu bapanya sejak dari umur 11 tahun. Sebabnya ayahnya adalah seorang kaki judi dan selalu meminta duit dari ibunya. 

Sewaktu lelaki tersebut di dalam darjah 5, dia membawa pulang sebuah tabung yang diperbuat daripada buluh dan dihias dengan cantik. Dia meletakkan tabung tersebut di tepi katil di biliknya. Suatu hari, si anak melihat tabung tersebut telah hilang dan dia melihat tabung itu di sisi ayahnya yang sedang bermain judi bersama kawan-kawannya.

Si anak yang sedang marah kerana tabungnya telah dicuri terus meluru ke arah ayahnya dan tidak semena-mena melepaskan tumbukan. Si anak terus melarikan diri ke rumah saudaranya dan sejak dari itu, tidak pernah pulang ke rumah sehinggalah si anak berumur 40 tahun. 

Setelah 40 tahun berlalu, si anak tergerak hati untuk menjenguk ayahnya dan meminta maaf kepada ayahnya setelah dipertemukan dengan Dr.Azizan . Di pertemuan itu, si anak telah memninta maaf dan bertanya tentang peristiwa lepas yang telah menjarakkan hubungan mereka. Masyaallah ! Si ayah berkata bahawa dia mengambil tabung tersebut untuk ditunjukkan kepada kawan-kawannya dan betapa bangganya dia sebagai seornang ayah mempunyai anak yang sangat bijak dan kreatif. Namun, tindakan si ayah telah di salah anggap oleh si anak dan alangkah ruginya selama beberapa tahun hubungan anak dan ayah terlantar lesu begitu saja dek kemarahan dan kurangnya komunikasi."


Bagi saya, tak salah pergi seminar atau kursus yang boleh mendatangkan manfaat atau kebaikan pada kita, kita ambil la sebanyak mana ilmu yang boleh kita sedut, bak kata Dr.Azizan...dan jangan la sentiasa berburuk sangka dengan orang lain sedangkan  niatnya baik untuk berkongsi ilmu dan menambah nilai dalam kehidupan orang lain.


To be continue.....


Tuesday, December 17, 2013

RINDUKANLAH - ENCIK MIMPI OST PLAYBOY ITU SUAMI AKU

Lirik Lagu Rindukanlah – Encik Mimpi

Ku benar benar sayang pada dirimu oh kasihku
Janganlah engkau ragu pada diriku
Daku berkelana mencari harapan yang kita impikan
Dari terbitnya sang suria hingga tenggelam
Daku ini cinta sejatimu
Daku ini harapan hatimu
Oh janganlah engkau bersedih
Oh ikhlas ikhlaskan lah hatimu
Rindu rindukanlah diriku
Sepanjang hari harimu sayangku
Ku adalah milikmu sayangku
Ku adalah milikmu yang kau rindu

MATI SELEPAS BEKERJA 30 JAM TANPA HENTI

Salam,


Agak terkejut bila baca tajuk kat atas. Sebenarnya, tengah belek-belek paper hari ni, terbaca pasal tajuk tu..ish..ish..sadis sungguh la ..workaholic sangat-sangat kan sampai meninggal dunia....

Kisah ni terjadi di Jakarta, Indonesia apabila seorang gadis bernama Mita Diran, 27 tahun telah meninggal dunia setelah bekerja selama 30 jam tanpa henti ( kalau saya kerja 9 pagi tapi keluar mesti tepat 5.30 petang..heee) . Beliau bekerja sebagai seorang penulis iklan di sebuah agensi pengiklanan Young & Rubicam Group ( Y & Y GROUP). 

Mita sebelum meninggal dunia telah mengupdate status akaun Twitter nya dengan menulis , " 30 hours of working and still going strooong ).......Rakan-rakan terdekatnya juga mengatakan bahawa Mita telah mengambil minuman bertenaga untuk memastikan dia sentiasa cerdas ketika bekerja.


Kalau lah kita , sanggup ke bekerja 30 jam tanpa henti? Huu....tak sanggup kot...(saya lah.....)

P/s : Walau serajin mana pun kita bekerja, berlaku adillah pada diri sendiri.Jangan dizalimi tubuh badan kita . ok.

Sunday, December 8, 2013

ISTIMEWA KAH WANITA?

Salam,

Beruntunglah bagi sesiapa yang dilahirkan sebagai seorang wanita. Jom semak kelebihan seorang wanita di bawah : - 

          

  1. Doa wanita lebih makbul dari doa seorang lelaki kerana wanita bersifat lebih penyayang. Ketika ditanya , Rasulullah S.A.W menajawab , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.
  2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
  4. Daripada Aisyah r.a , " Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada  anak-anak perempuannya, lau dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
  5. Syurga itu di bawah kaki ibu.
  6. Wanita yang taat pada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki.
  7. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di langit, matahari dan  bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredahainya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya)
  8. Dua rakaat solat wanita yang hamil  adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  9. Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
  10. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  11. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan daripadanya 1.000 kejahatan.
  12. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t  memasukkan dia ke dalam syurga lebih dulu dari suaminya ( 10,000 tahun )
  13. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t
Mudahnya bagi seorang wanita nak dapat pahala, betul x? Jom kita sama-sama amalkan. Insyallah...

DIM SUM GREENTOWN IPOH

Salam,


Jalan-jalan cari makan kali ni nak bawa pegi restoran DIM SUM yang terletak di GREENTOWN IPOH, PERAK. Dengar nama restoran pun dah tau kan apa menu-menunya ? hee  bagi penggemar chinese food, boleh la singgah dan cuba menjamu selera di restoran ni. Jangan risau sebab restoran ni HALAL. 

Selain makanan-makanan chinese, ada je disajikan malay cuisine. Bagi mereke-mereka yang tekak melayu ,,hee..boleh je datang sini sebab ada jugak jual nasi-nasi goreng pelbagai rasa. Menu yang saya suka bila datang sini adalah pau dim sum berinti barbeque chicken dengan pau  dim sum berinti kacang merah. Inti-inti dia sangat lazat dan tekstur pau dia sangat gebu dan lembut. Tambah kalau makan panas-panas. Lepas tu, kalau dim sum saya suka dim sum fried with bean curd roll..memang rangup dan tambah menyelerakan bile cicah dengan mint sauce nya. Dan sebenarnay ada pelbagai lagi jenis dim sum yang lazat-lazat. Korang just buka menu dan pilih je la yang mana berkenan di hati..,tapi memang tak rugi datang makan kat sini..Tambah -tambah kalau datang makan ramai-ramai dengan kawan-kawan..memang tak sedar bile masa ntah asyik repeat order jek..heee

Meh menjamu selera...dijamin HALAL......







MAGIS SEORANG RAMLEE AWANG MURSHID

Salam,

Entry kali  ni nak citer pasal novel dan novelist kegemaran saya. Sape lagi kalau bukan RAMLEE AWANG MURSHID a.k.a RAM. Saya tak perasan bile sebenarnya saya jatuh cinta dengan karya-karya beliau tapi apa yang pasti dan yang membuatkan saya melekat terus untuk menunggu setiap novel terbaru beliau adalah setelah berjumpa dengan LAKSAMANA SUNAN..heee...

Alkisah, time zaman-zaman study dulu memang suka baca novel tapi more to love theme. Tapi tercari-cari juga satu genre novel yang lain dari yang lain dan akhirmya......jumpa jugak..First novel RAM yang saya baca adalah TOMBIRUOU. TaPi entry yang ni nak citer pasal novel terbaru beliau iaitu MAGIS. Novel ni saya tak beli kat kedai-kedai buku tapi siap tempah online dekat KELAB PEMINAT RAM..sebabnya? nak tau? sebab saya akan dapat novel magis edisi terhad yang akan ditandatangani sendiri  oleh RAM..walaupun harganya agak mahal dari biasa ,tapi tak pe demi RAM..hee..


NAMPAK X ? BUKTI RAM AUTOGRAPH BUKU NI....HEEE
Novel Magis ni memang best.Sape-sape yang dah follow novel-novel beliau seperti Mikhail, Hatiku di Harajuku, Tombiruo &, Bagaikan Puteri mesti tak sabar nak dapatkan novel ni. Sebab MAGIS adalah kesinambungan dari novel-novel tersebut dan uniknya novel ni telah menyatukan semua watak-watak utama dalam novel tersebut seperti Laksamana Sunan, Mikhail, Carlos, Ejim , dan Ryu Watanabe. Mereka telah dipertemukan di satu dunia yang lain melalui fenomena gegelung maahari atau  dikenali sebagai " Fenomena Halo". Di dalam dunia tersebut, pelbai kejadian aneh dan pelik yang berlaku. Yang membuatkan saya sangat suka akan karya-karya beliau adalah cara beliau berkarya yang akan  disertai dengan kaJian terperinci tentang sesuatu fakta. Beliau juga menitipkan elemen-elemen islamik berdasarkam kajian yang dibuat dan memberi manfaat kepada pembaca.

Setelah kelima-lima watak tersebut bertemu, maka berlakulah pertembungan antara kuasa jahat dan kuasa baik yang ingin menakluk dunia.Siapa yang akan berjaya di akhirnya ? Mmm nak tau , kenalah beli dan baca ye..tak rugi pun kalau beli sebab di dalam nya terdapat ilmu-ilmu yang sangat berharga. Bukan senang novelist dari Malaysia nak hasilkan karya thriller yang hebat ni...

Akhir kalam, selamat membaca !!