Sunday, December 8, 2013

MAGIS SEORANG RAMLEE AWANG MURSHID

Salam,

Entry kali  ni nak citer pasal novel dan novelist kegemaran saya. Sape lagi kalau bukan RAMLEE AWANG MURSHID a.k.a RAM. Saya tak perasan bile sebenarnya saya jatuh cinta dengan karya-karya beliau tapi apa yang pasti dan yang membuatkan saya melekat terus untuk menunggu setiap novel terbaru beliau adalah setelah berjumpa dengan LAKSAMANA SUNAN..heee...

Alkisah, time zaman-zaman study dulu memang suka baca novel tapi more to love theme. Tapi tercari-cari juga satu genre novel yang lain dari yang lain dan akhirmya......jumpa jugak..First novel RAM yang saya baca adalah TOMBIRUOU. TaPi entry yang ni nak citer pasal novel terbaru beliau iaitu MAGIS. Novel ni saya tak beli kat kedai-kedai buku tapi siap tempah online dekat KELAB PEMINAT RAM..sebabnya? nak tau? sebab saya akan dapat novel magis edisi terhad yang akan ditandatangani sendiri  oleh RAM..walaupun harganya agak mahal dari biasa ,tapi tak pe demi RAM..hee..


NAMPAK X ? BUKTI RAM AUTOGRAPH BUKU NI....HEEE
Novel Magis ni memang best.Sape-sape yang dah follow novel-novel beliau seperti Mikhail, Hatiku di Harajuku, Tombiruo &, Bagaikan Puteri mesti tak sabar nak dapatkan novel ni. Sebab MAGIS adalah kesinambungan dari novel-novel tersebut dan uniknya novel ni telah menyatukan semua watak-watak utama dalam novel tersebut seperti Laksamana Sunan, Mikhail, Carlos, Ejim , dan Ryu Watanabe. Mereka telah dipertemukan di satu dunia yang lain melalui fenomena gegelung maahari atau  dikenali sebagai " Fenomena Halo". Di dalam dunia tersebut, pelbai kejadian aneh dan pelik yang berlaku. Yang membuatkan saya sangat suka akan karya-karya beliau adalah cara beliau berkarya yang akan  disertai dengan kaJian terperinci tentang sesuatu fakta. Beliau juga menitipkan elemen-elemen islamik berdasarkam kajian yang dibuat dan memberi manfaat kepada pembaca.

Setelah kelima-lima watak tersebut bertemu, maka berlakulah pertembungan antara kuasa jahat dan kuasa baik yang ingin menakluk dunia.Siapa yang akan berjaya di akhirnya ? Mmm nak tau , kenalah beli dan baca ye..tak rugi pun kalau beli sebab di dalam nya terdapat ilmu-ilmu yang sangat berharga. Bukan senang novelist dari Malaysia nak hasilkan karya thriller yang hebat ni...

Akhir kalam, selamat membaca !!


No comments:

Post a Comment