Saturday, December 21, 2013

KISAH IMKK DR .AZIZAN OSMAN DEC 2013 (1)

Assalam,


Ini entry pasal kisah saya. Saya memang suka baca-baca buku motivasi, sebab bila down terus rasa nak motivate diri sendiri. Tapi cara saya memotivasikan diri sendiri adalah melalui pembacaan dan tak pernah atau senang citer tak akan terjebak nak pergi kelas-kelas motivasi yang mana kenal bayar mahal-mahal.Tambah-tambah pulak kalau dengar kelas motivasi pasal bisnes..apa?? bisnes? memang tak la kan sebab jiwa ni memang tak de jiwa bisnes..huuu...konon-konon lepas grad nak keje best-best je....best la sangat ( sambil tunjuk tangan dekat bahu ...)


Pernah la dengar nama Dr.Azizan tapi tak pernah nak bother sapa dia. Why bother? time tu la huu...al-kisah En.Tunang dah dulu jadi pengikut Dr.Azizan dan salu bercerita pasal kehebatan mamat tersebut. Dan saya dengar je..macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri..bla..bla...bla...apa yang hebat sangat ye...

Satu hari, takdir Allah telah menggerakkan hati saya dan rakan saya pergi ke program seminar Jutawan industri di Hotel Riverfront Ipoh. Dah la pergi berdua je, tak daftar apa-apa dekat website, pakai redah je..huuu tapi rezeki kami dapat masuk juga walaupun tak cukup korum bertiga (Baru tau kalau datang bertiga, FREE OF CHARGE)...sampai je tengok ramai giler manusia berbangsa melayu yang datang..rasa cam pelik sebab tertanya-tanya apa ilmu yang Dr.Azizan pakai sampai semua orang berebut-rebut nak masuk..sampai nak solat Maghrib pun bersesak-sesak.


Ilmu yang Dr bagi walaupun sedikit time tu tapi sangat membuka minda dan jiwa saya bahawa untuk mengubah hidup dan menambah nilai hidup pada orang lain, berniaga lah caranya.

Selepas itu, pada 12-15 Dec 2013 bertempat di Stadium Malawati Shah Alam, saya menyertai seminar IMKK setelah dipengaruhi oleh En .Tunang dan family2nya. Mulanya saya berat nak pergi sebab saya sangat sayang nak apply cuti huuu 3 hari pulak tu..tapi saya tekadkan hati dan bertawakal....

Selama 4 hari 3 malam di sana, banyak ilmu yang dapat dipelajari. Secara asasnya, mencari ilmu akhirat lah yang perlu dititik beratkan walau sehebat mana pun bisnes kita, dan itu lah ilmu yang Dr.Azizan ajar dan kongsi dengan 6,000 orang peserta. Dan paling penting setiap langkah kita untuk melakukan apa saja haruslah disusuli dengan langkah yang rapat kepada Sang Pencipta.

Ada satu segmen yang Dr. ajar iaitu power of forgiving. Dr. ajar supaya kita sentiasa memaafkan orang lain walaupun kita rasa kita tak buat salah apa pun. Kadang-kadang rasa ego dan perasaan tu yang buat hidup kita serba tak kena dan apa jua yang kita buat tak berkat. Tambah-tambah lagi dengan kedua ibu-bapa kita. Dan Dr. pun berkongsi satu cerita tetang kuasa memaafkan yang begitu menyentuh hati. Ceritanya begini.

" Ada seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40 -an telah berselisih faham dengan ayahnya sendiri dan tidak pulang ke rumah menjenguk kedua ibu bapanya sejak dari umur 11 tahun. Sebabnya ayahnya adalah seorang kaki judi dan selalu meminta duit dari ibunya. 

Sewaktu lelaki tersebut di dalam darjah 5, dia membawa pulang sebuah tabung yang diperbuat daripada buluh dan dihias dengan cantik. Dia meletakkan tabung tersebut di tepi katil di biliknya. Suatu hari, si anak melihat tabung tersebut telah hilang dan dia melihat tabung itu di sisi ayahnya yang sedang bermain judi bersama kawan-kawannya.

Si anak yang sedang marah kerana tabungnya telah dicuri terus meluru ke arah ayahnya dan tidak semena-mena melepaskan tumbukan. Si anak terus melarikan diri ke rumah saudaranya dan sejak dari itu, tidak pernah pulang ke rumah sehinggalah si anak berumur 40 tahun. 

Setelah 40 tahun berlalu, si anak tergerak hati untuk menjenguk ayahnya dan meminta maaf kepada ayahnya setelah dipertemukan dengan Dr.Azizan . Di pertemuan itu, si anak telah memninta maaf dan bertanya tentang peristiwa lepas yang telah menjarakkan hubungan mereka. Masyaallah ! Si ayah berkata bahawa dia mengambil tabung tersebut untuk ditunjukkan kepada kawan-kawannya dan betapa bangganya dia sebagai seornang ayah mempunyai anak yang sangat bijak dan kreatif. Namun, tindakan si ayah telah di salah anggap oleh si anak dan alangkah ruginya selama beberapa tahun hubungan anak dan ayah terlantar lesu begitu saja dek kemarahan dan kurangnya komunikasi."


Bagi saya, tak salah pergi seminar atau kursus yang boleh mendatangkan manfaat atau kebaikan pada kita, kita ambil la sebanyak mana ilmu yang boleh kita sedut, bak kata Dr.Azizan...dan jangan la sentiasa berburuk sangka dengan orang lain sedangkan  niatnya baik untuk berkongsi ilmu dan menambah nilai dalam kehidupan orang lain.


To be continue.....


No comments:

Post a Comment