Beruntunglah bagi sesiapa yang dilahirkan sebagai seorang wanita. Jom semak kelebihan seorang wanita di bawah : -
- Doa wanita lebih makbul dari doa seorang lelaki kerana wanita bersifat lebih penyayang. Ketika ditanya , Rasulullah S.A.W menajawab , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.
- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
- Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
- Daripada Aisyah r.a , " Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lau dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
- Syurga itu di bawah kaki ibu.
- Wanita yang taat pada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki.
- Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredahainya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya)
- Dua rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
- Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
- Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan daripadanya 1.000 kejahatan.
- Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t memasukkan dia ke dalam syurga lebih dulu dari suaminya ( 10,000 tahun )
- Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t
No comments:
Post a Comment