Sunday, December 29, 2013

KISAH IMKK DR.AZIZAN OSMAN DEC 13 (2)

12 Dec

Saya tiba di Stadium Melawati Shah Alam lebih kurang pukul  9 pagi untuk sesi pendaftaran. Konon-konon untuk mengelakkan kesesakan..tapi apabila sampai, saya lihat peserta yang datang mendaftar tidak lah ramai sangaaaattt seperti yang dicanang-canangkan. Di dalam hati ,' ish kata ramai sangat, tapi bagus jugak tak payah nak bersesak-sesak'.

Sempat berposing dengan kakak crew selepas selesai mendaftar...


Nak dijadikan cerita atau mungkin ujian untuk saya, pendaftaran nama saya mengalami sedikit masalah kerana tiada di dalam rekod pihak pengurusan RichWorks. Saya sedikit mengeluh tetap yakin bahawa pembayaran telah pun dibuat melalui resit yang telah pun di'cop' paid. Mungkin Allah ingin menguji sama ada saya sabar atau tidak. Hampir 15 minit, crew RichWorks memeriksa nama saya, alhamdulillah, akhirnya saya adalah salah seorang peserta IMKK 2013. 

Setelah itu, setiap peserta diminta untuk mengambil gambar di photo booth yang disediakan di mana ia dikenali sebagai 'photo aura'. Nak tengok aura pada hari itu positif ke tidak...alamak, saya baru je tension pasal tak ada nama dalam sistem, mesti aura saya ke laut kan..huuu...tapi alhamdulillah, bila dah tangkap gambar dan tengok resultnya, not bad..ada la sikit-sikit kebocoran aura positif di situ ye....heee....

Pendafataran saya selesai lebih kurang pukul 11.45 pagi dan saya dikehendaki menunggu kelas bermula pada pukul 2.00 petang. Jadi, time-time ni lah saya pergi makan ais kacang di Seksyen 7 dan check in hotel.


Ni work book yang kami dapat untuk IMKK 2013
ok, ni lah result aura saya ..heee...

        nampak tak yang putih-putih tu kebocoran aura positif saya..hee.....:-)                                                            





To be continue...........................

No comments:

Post a Comment