Friday, October 25, 2013

NAK MURAH REZEKI ? JOM DHUHA...

Salam,


Kali ni saya nak share pasal kelebihan solat sunat dhuha. Rasanya ramai orang tau pasal solat ni cuma kadang-kadang kita terlepas nak buat sebab kekangan masa time waktu bekerja kan..

 

Solat Dhuha ialah solat pembuka rezeki, di mana waktu yang paling mustajab atau afdal dilakukan ialah antara pukul 8 pagi -1 petang.. Tapi yang paling afdal adalah dalam pukul 10 pagi. Solat ini boleh dilakukan sebanyak 2,4 , 6 hingga 12 rakaat.

"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).
 1. Rakaat Pertama "Allahuakbar"& Niat dalam hati :
✿ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua  
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
✿  Tahiyyat akhir & Beri Salam.. 
3. Doa  
✿ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
✿  Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
✿  Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha
       

Kat sini saya letak video clip zikir dhuha dari kumpulan UNIC..bila dengar alunan zikir  ni lagi senang la nak hafal kan....



Insyallah, jika kita merasakan susah hati berkaitan dengan rezeki pada hari itu, dirikan lah solat Dhuha. Percaya lah, rezeki kita akan dilapangkan dan dicukupkan sepanjang hari . Malah ada rezeki yang datang tak disangka-sangka. Tak percaya , cubalah.
Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi

Wednesday, October 23, 2013

MEMILIH KAWAN JANGAN SAMPAI MENYISIH

Salam,

Tajuk di atas sebenarnya lebih kepada persahabatan. Teringat zaman sekolah dulu-dulu atau zaman tadika. Mesti semua orang ada kawan favourite masing-masing atau group masing-masing. Selalu dalam group tu mesti ada 4 atau 5 orang kawan baik atau bff...Bila ke mana-mana saja, mesti pergi dalam group itu. Tak boleh orang lain join . Itu macam dah jadi peraturan dalam group tu. Tapi itu zaman sekolah. Zaman hingusan yang memang fikir nak enjoy and nak hepi-heppi. Time tu memang tak fikir pun pasal perasaan kawan -kawan lain yang teringin nak join group kita. Yang teringin nak jadi kawan kita. Yang teringin nak kongsi suka duka dengan kita. Selalunya mereka-mereka ni mesti takut nak dekat dengan grouping yang macam ni sebab kebanyakkan group bff salu ikut kategori. Contoh macam kalau nk join certain group tu mesti dia wajib dari keluarga yang kaya, atau mesti ada paras rupa yang cantik atau mesti kategori budak-budak pandai atau mesti kategori yang giler K-POP..hehe. Kalau tak termasuk dalam kategori-kategori tu jangan harap la leh jadi bff grroup tu.Kesian kawan-kawan yang lain.Akhirnya mereka disisihkan sebab group bff tu tersangatlah memilih kawan.

Mmm kalau benda tu jadi time zaman-zaman sekolah dulu tak pe la juga dan dimaafkan.Maklumlah zaman budak-budak.Fikiran pun tak matang. Tak tau adab nak jaga hati orang lain.Tak dapat nak bezakan mana baik dan mana buruk. Peduli apa kalau orang lain terasa dengan kita, malah saja nak menunjuk-nunjuk yang kita ni ada best friend forever lah kata kan..mm tapi time tu tak tau betapa berdosanya menyakiti hati orang lain.

Kan seronok kalau dalam berkawan tiada sempadan atau batasan yang dapat membezakan sesama manusia.  Tapi sekarang dah jadi trend pulak memilih kawan yang sekufu. Entah lah, makin meningkat dewasa, perangai masih tak berubah.Masih ada segelintir manusia yang mementingkan kebendaan dan dunia selain dari pentingkan ikatan silaturrahim . Di sekeliling saya pun ramai lagi manusia yang terlalu memilih kawan dan pandang sebelah mata sahaja kawan yang tidak disukai.. Kesian pada kawan-kawan lain yang adakalanya teringin untuk menjadi sebahagian kawan mereka.  Tetapi kita juga harus pandai menilai kawan, Jangan sampai terjebak dengan kawan yang hatinya penuh dengan kemaksiatan dan  mementingkan duniawi semata-mata.


Hadis Persahabatan: Bermanis Muka
Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim)

 Persaudaraan Dalam Islam: Tujuh Hak Seorang Muslim Daripada Muslim Yang Lain.
Rasulullah s.a.w. menerangkan:
“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:

1. iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya


3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
5. menziarahinya ketika sakit,
6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”

(Riwayat Ibnu Babawaih)




Thursday, October 17, 2013

BERKORBAN BIAR IKHLAS, JANGAN PINTA DIBALAS

Salam,

Ini tinta pertama saya dan saya begitu teruja ingin berbicara tentang erti pengorbanan. Alhamdulillah, selesai sudah umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha pada 15/10/2013 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1434H. Sewaktu kecil, saya tidak begitu memahami apa itu hari raya korban .Yang saya tahu, hari raya korban adalah hari untuk orang Islam menyembelih lembu. ( waktu itu hanya tau lembu sahaja yang boleh disembelih pada hari raya korban ..heee ). Tetapi semakin diri menginjak usia dewasa, semakin luas pengertian dan definisi korban pada saya.

Secara historikalnya, ibadah korban adalah ibadah yang bertitik tolak dari pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s .Telah disebut di dalam Al -Quran  dimana telah menceritakan kisah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S kepada anaknya Nabi Ismail A.S dalam memenuhi perintah Allah SWT supaya menyembelih putera kesayangannya itu untuk dijadikan korban. Cerita ini disebut dalam surah as-Saffat ayat 102 yang bermaksud:"...Nabi Ibrahim berkata, Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?" Anaknya menjawab, "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah ayah akan mendapati daku dari orang yang sabar."

Sekiranya kita di tempat mereka, adakah kita sanggup mengorbankan nyawa orang-orang yang kita sayang? Ibrah dari cerita di atas juga adalah kerana Allah S.W. T ingin menguji Nabi Ibrahim a.s yang ketika itu terlalu mengambil berat akan anaknya sehingga kadang kala mengabaikan suruhan Allah S.W.T. Di sini, saya sedar bahawa janganlah kita melebih-lebihkan cinta terhadap makhluk lain selain cinta kepada Allah juga lah yang paling agung dan utama ( peringatan kepada diri sendiri yang sering kali lalai dan alpa dek penangan cinta manusia).
Sesungguhnya pengorbanan Nabi Ismail a.s adalah ikhlas dan amat redha tatkala disoal oleh ayahnya, Nabi Ibrahim a.s. Beliau membenarkan nyawanya diambil demi cinta kepada Allah S.W.T dan tidak minta dibalas apa-apa kecuali balasan syurga di akhirat kelak. Ikhlas kah kita ketika seorang kenalan meminta bantuan ketika dia di dalam kesusahan? Ikhlas kah kita ketika membantu kedua ibu bapa kita membuat kerja-kerja rumah tanpa gagal mengukir sebuah senyuman dan tanpa keluhan ?

Mmm..saya sebenarnya menyoal diri sendiri kerana merasakan diri saya belum betul-betul ikhlas .Terkadang keluar keluhan kecil  tatkala disuruh membuat kerja-kerja rumah. Terkadang muka masam mencuka tatkala berbeza pendapat atau bertelingkah dengan tunang atau kawan-kawan. Terkadang mengharapkan balasan setelah pertolongan dihulurkan atau mengharapkan jasa dihargai. Ya Allah, sungguh saya masih lagi belum mampu mencapai tahap keikhlasan yang tertinggi.Masih lagi gagal meraih redha yang paling atas.Masih lagi hati dikuasai bisikan-bisikan syaitan yang sentiasa menghasut umatnya. Ampunkan hambamu Ya Allah.

Teringat saya akan satu kisah pengorbanan seorang ibu yang sedikit pun tidak pernah minta jasanya dibalas oleh sang anak. Si Ibu menyuruh si anak yang berusia 16 tahun untuk membantu si ibu membuat kerja-kerja rumah dan si anak telah meminta upah RM 5 bagi setiap pekerjaan yang dilakukakn.Si ibu pun menunaikan permintaan anaknya dengan membayar sejumlah wang . Pada suatu malam, ketika si anak sedang lena dibuai mimpi-mimpi indah, si ibu telah meletak sekeping nota di sisi bantal anaknya. Nota itu berbunyi :

KEPADA ANAKANDA TERSAYANG,

MENGANDUNGKAN AIMAN SELAMA 9 BULAN = PERCUMA
MENAHAN SAKIT KETIKA MELAHIRKAN = PERCUMA
BERPANTANG SELEPAS BERSALIN = PERCUMA
BERSENGKANG MATA MENJAGA AIMAN SIANG & MALAM SEWAKTU BAYI = PERCUMA
MENYUSUKAN & MEMANDIKAN = PERCUMA
MENYEKOLAHKAN AIMAN =PERCUMA 
DAN LAIN-LAIN SEMUANYA PERCUMA

Tatkala si anak terjaga dari tidur , dia lantas terlihat sekeping nota tersebut dan membacanya. Tidak semena-mena merembes air mata keluar dan baru lah si anak teringat akan upah yang diminta. Si anak lantas berlari mencari si ibu dan terus didakap si ibu bersama tangisan penyesalan . Si ibu yang memahami terus membalas pelukan dan memujuk dengan kata-kata yang sangat indah supaya si anak tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut. Kata si ibu, " Kita hendaklah belajar berkorban dan berkorban biarlah ikhlas, tidak kira pada sesiapa pun pengorbanan itu dilakukan.Biar la Allah saja yang membalas segala kebaikan yang kita lakukan walaupun tidak dihargai di mata manusia ".  Si anak mengangguk faham dan tersenyum.

Mmm..semoga kisah di atas menjadi iktibar pada diri saya sendiri dan kita semua.