Friday, October 25, 2013

NAK MURAH REZEKI ? JOM DHUHA...

Salam,


Kali ni saya nak share pasal kelebihan solat sunat dhuha. Rasanya ramai orang tau pasal solat ni cuma kadang-kadang kita terlepas nak buat sebab kekangan masa time waktu bekerja kan..

 

Solat Dhuha ialah solat pembuka rezeki, di mana waktu yang paling mustajab atau afdal dilakukan ialah antara pukul 8 pagi -1 petang.. Tapi yang paling afdal adalah dalam pukul 10 pagi. Solat ini boleh dilakukan sebanyak 2,4 , 6 hingga 12 rakaat.

"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).
 1. Rakaat Pertama "Allahuakbar"& Niat dalam hati :
✿ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua  
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
✿  Tahiyyat akhir & Beri Salam.. 
3. Doa  
✿ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
✿  Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
✿  Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha
       

Kat sini saya letak video clip zikir dhuha dari kumpulan UNIC..bila dengar alunan zikir  ni lagi senang la nak hafal kan....



Insyallah, jika kita merasakan susah hati berkaitan dengan rezeki pada hari itu, dirikan lah solat Dhuha. Percaya lah, rezeki kita akan dilapangkan dan dicukupkan sepanjang hari . Malah ada rezeki yang datang tak disangka-sangka. Tak percaya , cubalah.
Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi