Sunday, December 8, 2013

DIM SUM GREENTOWN IPOH

Salam,


Jalan-jalan cari makan kali ni nak bawa pegi restoran DIM SUM yang terletak di GREENTOWN IPOH, PERAK. Dengar nama restoran pun dah tau kan apa menu-menunya ? hee  bagi penggemar chinese food, boleh la singgah dan cuba menjamu selera di restoran ni. Jangan risau sebab restoran ni HALAL. 

Selain makanan-makanan chinese, ada je disajikan malay cuisine. Bagi mereke-mereka yang tekak melayu ,,hee..boleh je datang sini sebab ada jugak jual nasi-nasi goreng pelbagai rasa. Menu yang saya suka bila datang sini adalah pau dim sum berinti barbeque chicken dengan pau  dim sum berinti kacang merah. Inti-inti dia sangat lazat dan tekstur pau dia sangat gebu dan lembut. Tambah kalau makan panas-panas. Lepas tu, kalau dim sum saya suka dim sum fried with bean curd roll..memang rangup dan tambah menyelerakan bile cicah dengan mint sauce nya. Dan sebenarnay ada pelbagai lagi jenis dim sum yang lazat-lazat. Korang just buka menu dan pilih je la yang mana berkenan di hati..,tapi memang tak rugi datang makan kat sini..Tambah -tambah kalau datang makan ramai-ramai dengan kawan-kawan..memang tak sedar bile masa ntah asyik repeat order jek..heee

Meh menjamu selera...dijamin HALAL......







No comments:

Post a Comment