Tuesday, December 17, 2013

MATI SELEPAS BEKERJA 30 JAM TANPA HENTI

Salam,


Agak terkejut bila baca tajuk kat atas. Sebenarnya, tengah belek-belek paper hari ni, terbaca pasal tajuk tu..ish..ish..sadis sungguh la ..workaholic sangat-sangat kan sampai meninggal dunia....

Kisah ni terjadi di Jakarta, Indonesia apabila seorang gadis bernama Mita Diran, 27 tahun telah meninggal dunia setelah bekerja selama 30 jam tanpa henti ( kalau saya kerja 9 pagi tapi keluar mesti tepat 5.30 petang..heee) . Beliau bekerja sebagai seorang penulis iklan di sebuah agensi pengiklanan Young & Rubicam Group ( Y & Y GROUP). 

Mita sebelum meninggal dunia telah mengupdate status akaun Twitter nya dengan menulis , " 30 hours of working and still going strooong ).......Rakan-rakan terdekatnya juga mengatakan bahawa Mita telah mengambil minuman bertenaga untuk memastikan dia sentiasa cerdas ketika bekerja.


Kalau lah kita , sanggup ke bekerja 30 jam tanpa henti? Huu....tak sanggup kot...(saya lah.....)

P/s : Walau serajin mana pun kita bekerja, berlaku adillah pada diri sendiri.Jangan dizalimi tubuh badan kita . ok.