Monday, December 30, 2013

KELAS IMKK DR. AZIZAN OSMAN DEC 2013 (3)

Salam,

HARI PERTAMA ( 13/12/13)

Agak-agak dah nak dekat pukul 2 petang, baru la pergi balik ke Stadium Shah Alam. By that time, parking memang dah full dan tiba-tiba je hujan turun dengan agak lebatnya. Saya terpaska la meredah lautan manusia yang memang saya tak tahu datang dari mana, tiba-tiba je stadium tu dah penuh bersesak-sesak. Serius, saya rasa macam nak pergi tengok konsert Siti Nurhaliza mahu pun Linkin Park huu...siap bertolak-tolak..nasib takk jatuh pengsan.

Tengah syok tolak-menolak tu, tiba-tiba ada seorang sister jerit, " Siapa yang mahu bilik kosong, datang jumpa saya, sementara stok masih ada. Hanya RM100 semalam !" . Dalam hati saya kata,' wah, sempat lagi berbisnes time keadaan sesak cam separuh nak mati ni, kalau otak bisnes , memang otak bisnes..hehe'.

Lepas dah melepasi je pintu masuk tu, wah apalagi langkah kaki seribu la sebab nak cop tempat yang best. Yang betul-betul mengadap stage. Tapi kena sedar diri sikit la sebab amik seat general je ( dalam erti kata lain seat yang paling murah..hehe). Alhamdulillah, dapat betul-betul mengadap stage. Wah, ini la yang dinamakan aura positif sudah mari...

Lebih kurang jam 2.05 petang, kelas IMKK Dec 2013 pun bermula dengan tarian Bara-bara Bere-bere..hehe..memang best..baru la tahu rupa-rupanya 6,000 orang peserta join kelas ni..patut la padat dan sendat huuu...dan aura positif 6,000 orang peserta tu masih terasa sehingga ke saat ini especially time menari ramai-ramai dan say 'I' ramai-ramai.

Dan tiba lah saat yang dinanti-nantikan iaitu Kemunculan Mentor IMKK iaitu Dr. Azizan Osman. Beliau pun tanpa segan silu menari even umum tahu saiz badan beliau adalah XXXL..huu tapi disebabkan beliau sentiasa berfikiran positif, beliau tak kisah apa orang nak kata. Even kelas ni ada menari-nari, tapi tempat duduk adalah diasingkan mengikut jantina ye.Lelaki lelaki, perempuan-perempuan. Even suami isteri pun kena duduk asing-asing. Tapi ada la sorang dua yang tak boleh berpisah. Nak wat camane..huu..


HAA..NI LA TAG NAMA YANG HARUS DIPAKAI OLEH PESERTA SEPANJANG PROGRAM..
BEST SEBAB DAPAT TENGOK NAMA SUME ORANG..HEEE



to be continue..........












No comments:

Post a Comment