Wednesday, March 12, 2014

DOKTOR VS PEGUAM ( 3 )

Assalam,

Lamanya tak update blog ni..huu...sebelum tu rasa sedih masih menyelubungi diri saya lantaran kehilangan misteri pesawat MH370 pada Sabtu lepas (8/03/14) . Semoga doa yang tak putus-putus terus kita semua kirimkan agar terungkai segala hijab yang terhalang dan yang tersirat. Amin.

Ok. As usual nak sambung balik cerita saya di sebuah sekolah berasrama di sebuah negeri. Masuk je sekolah, saya dah mula stress, tertekan, home sick ..semua ada. Nak mengadu kat ayah time tu takut sebab dia yang beria-ia suruh saya masuk sekolah tu dengan alasan sekolah tu murid-muridnya semua pandai dan saya boleh jadi doktor sebab ambil aliran sains.

Saya cuba untuk sesuaikan diri tapi malangnya saya gagal sehingga lah ke penghujung tamatnya persekolahan di sekolah tersebut. Apa yang saya enjoy bila di sekolah tu ialah sebab ada kawan-kawan, ada program sekolah, dan macam-macam lagi.

Teringat time saya di tingkatan 4, dorm saya telah mengadakan jamuan tengah malam tanpa pengetahuan pihak warden ( seingat saya warden tiada ketika itu sebab balik kampung ..hee ). Kami pun menyusun strategi dan memulakan operasi. Saya telah ditugaskan bersama -sama ahli dorm yang lain untuk membeli barang-barang makanan untuk jamuan tengah malam . Ingat lagi time tu beli KFC dan makanan-makanan ringan yang lain. Jamuan bermula tepat jam 12 tengah malam dan berakhir pada pukul 5 pagi hee...nasib baik esoknya hari Ahad di mana kami semua boleh qada' tidur..


Ini antara kenangan manis saya di sekolah tersebut sambil disulami kenangan-kenangan pahit bertemankan air mata. Pernah kena marah dengan ayah sebab nekad nak tukar ke sekolah lama. Pernah kena marah dengan ayah sebab tipu cikgu semata-mata nak balik rumah pada hujung minguu..huuu sadis..

Dan kenangan paling teruk yang tak akan saya lupakan adalah di penghujungnya, takdir ALLAH walaupun saya dah berusaha bersungguh-sungguh di dalam SPM, saya tidak mendapat keputusan cemerlang sebagaimana diharapkan oleh ayah saya. Saya masih bersyukur kerana saya lulus di dalam semua subjek tetapi itu tidak memuaskan hati ayah saya yang mahukan straight A's . Maaf, saya dah cuba tapi saya tak mampu.

Bermula dari hari itu, saya fikirkan perkara pahit di sekolah itu akan  berakhir tetapi tidak..rupa-rupanya ia baru dan akan  bermula. Sejurus keputusan SPM diumumkan di mana keputusan saya tidak seindah dulu, hidup saya berubah 100%. Saya dimarahi , ditengking dan dipulaukan oleh ayah saya selama beberapa bulan. Berbulan-bulan saya hanya menangis dan berkurung di dalam bilik dan tidak bercakap dengan sesiapa kecuali emak saya.

Saya sendiri apply borang macam-macam tuk sambung study. Time tu semua buat sorang-sorang. Cerita sedih datang lagi bila permohonan untuk masuk pusat matrikulasi tak lepas sebab subjek sains saya hanya cukup-cukup makan. Adoii meraung dan main biola lagi saya. Menangis setiap kali lepas solat. Tapi kehidupan perlu diteruskan. Time tu ada terfikir nak cari keje kilang je huuu..Time ni ayah memang tak ambil peduli tentang saya. 

( BERSAMBUNG YE...)

No comments:

Post a Comment