Friday, March 14, 2014

DOKTOR VS PEGUAM ( 4 )

Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar setiap permintaan hamba-hambanya. Dan Allah itu rindu akan rintihan dan tangisan hamba-hambanya yang kadang-kadang lalai dan alpa tika di ulit dengan kesenangan.

Dulu saya tak nampak apa hikmah yang saya dapat bila dapat keputusan SPM yang agak teruk. Dulu saya tak bersyukur walaupun saya lulus semua subjek dalam SPM. Allah cuma nak uji saya . Saya dapat terima ujian itu dengan hati terbuka atau tak. Setiap kali solat, air mata saya pun keluar. Memang time tu doa sungguh-sungguh, tertidur di sejadah dengan linangan air mata.

Kehidupan pun diteruskan. Saya sambung Form 6 tapi masih aliran Sains. Saya masuk sekolah yang berlatar belakangkan agama Kristian sebab itu saja sekolah yang menawarkan Form 6 pada saya. Jarak sekolah dari rumah saya agak jauh. Saya terpaksa bangun seawal 5 pagi untuk menunggu bas dan hakikatnya saya memang tertinggal sembahyang Subuh ! Solat Subuh saya di atas bas kerana bas itu akan masuk ke kawasan perumahan yang lain untuk mengambil pelajar lain. Saya hanya akan sampai ke sekolah pada jam 7.15 pagi. Berdosanya saya pada ketika itu kerana saya tiada pilihan. Ayah saya tidak lagi mahu ambil tahu tentang saya ketika itu. Tapi tetap bersyukur sebab mak lah yang sentiasa temankan saya ketika itu terutama menemani saya menunggu bas pada pukul 5 pagi. Terima kasih mak !!

Kesedihan saya tak berakhir lagi. Masuk sekolah tu seolah tak membantu apa-apa. Masakan tidak, saya tak boleh bawa semua subjek Sains...Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan...tambah-tambah nak bersaing dengan pelajar-pelajar CINA...Sangat stress...Cita-cita nak jadi doktor terus merudum jatuh...huuuu...

Tapi saya tak putus asa dan putus doa. Saya merancang untuk memohon pertukaran sekolah lain dan mengambil bidang sastera sebab saya tahu kemampuan saya dalam bidang itu. Sesungguhnya perancangan Allah itu lah yang terbaik. Sedang saya berkira-kira untuk membuat permohonan pertukaran sekolah, Allah makbulkan doa saya. Permohonan rayuan saya untuk masuk ke Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan Undang-Undang akhirnya tercapai. Syukur alhamdulillah. Sungguh tak dapat saya bayangkan perasaan saya ketika itu. Baru lah saya berani untuk keluar dari dunia tempurung saya dek kerana menahan perasaan malu terhadap  kawan-kawan lama. Permohonan saya ke UIA  untuk memilih  bidang Undang-undang telah lama dibuat  setelah melihat keputusan saya yang agak teruk dalam subjek Sains sejak masuk ke sekolah itu.

Akhirnya.........ini lah yang saya capai setelah mengharungi suka duka yang dipendam selama ini...alhamdulillah...







No comments:

Post a Comment