Monday, January 27, 2014

TAT NASI AYAM PALING BEST

Assalam,

Malam ni sambil layan AJL , nak juga share pasal satu kedai nasi ayam yang bagi saya sangat sedap dan unik. Tiba-tiba teringat sebab ayam dia sangat sedap hee..tapi kat Ipoh tak de la pulak..

Nama kedai ni TAT NASI AYAM. Saya selalu pergi di Alor Setar, Kedah sebab bila outstation ke sana, mesti singgah. Kedai ni ada beberapa branch lagi contoh di Sg.Petani dan Taiping ( dua ni je yang saya tau ..hee)

                                    

Yang saya nak share ni adalah keenakan nasi ayam panggang yang disertakan dengan kuah asam dan kicap dan sos. Memang terbaik ! dan juga nasi dia pun sedap dan lembut je. Harga pun tak mahal. Rasanya satu pinggan dalam rm4.50 ( kalau tak salah ). Sup dia tak payah cakap la, memang sedap giler. Teruja sangat setiap kali pergi Alor Setar mesti nak singah. Ayah saya siap order sup kaki ayam..hee. Dan kedai ni setiap kali pergi mesti penuh tapi yang bagusnya service dia laju je..tak payah nak tahan lapar lama-lama sangat. tip top.






so sape-sape yang rasa nak try nasi ayam ni adalah sangat-sangat digalakkan.hee...selamat menjamu selera..:-)