Tuesday, January 21, 2014

JEJAK KASIH DI WHATS APP

Assalam,

Hari ni rasa happy sebab dah buat group whats app tuk geng-geng sekolah lama..Memang kecoh dan meriah.Dah macam jumpa time hari raya haha..

Lepas dah join group whats app, faham-faham je la..chat masuk tak berhenti-henti..hehe..tapi rasa best sebab dapat jumpa balik kawan-kawan lama sambil mengimbau memori zaman persekolahan.

Bagusnya teknologi zaman sekarang ni.Leh jumpa balik kawan-kawan lama, tapi jangan terlalu leka sudah la. Nanti satu kerja pun tak jalan.Hee.

 Bila dah get in touch balik, hubungan jadi makin rapat. Makin mesra. Sebab banyak benda yang nak dikongsi dan disembangkan. Tambahan pula sekarang semua dah bekerjaya dan berumah tangga. Sungguh indah ukhwah. Terasa manisnya persahabatan berlandaskan mawaddah.

Semoga jejak kasih ini terus menjejaki kita semua sampai bila-bila.