Thursday, January 30, 2014

AJL 28 DAH SEBAYA DENGAN SAYA..:-)

Asssalam,

AJL baru je habis ahad hari tu. Diam tak diam sebenarnya AJL tu dah sebaya dengan saya.huu. opps bln 9 ni baru betul-betul sama ok.

Yang saya nak kongsikan sebenarnya adalah semakin meningkat umur saya, semakin kurang teruja nak tengok AJL macam 3 tahun yang lepas.. Kalau dulu, tu dia AJL stat kul 9, kul 8 dah tercongok depan TV..hee..siap malam sebelum tu tak leh tido lagi..

Yang paling kelakar siap tulis dalam kertas artis dan lagu mana yang dapat masuk final AJL. Konon-konon senang nak wat rujukan. Rujukan apa pun tak tau la.Bukan masuk exam pun huu...

Terutama sekali time Siti Nurhaliza tengah famous , setiap tahun masuk AJL , lagi la teruja sangat nak tunggu. Maklum lah artis kesayangan time tu.hee..

Tapi sekarang perasaan teruja nak tengok tu dah tak de lagi.. Lagu dan artis mana yang dapat masuk final pun saya dah tak ambil tahu.AJL start pukul 9, pukul 10.30 baru saya buka TV..huu.. pastu tak larat nak tunggu , sebelum umum pemenang saya dah tidur..hee..esok baru tengok dalam paper sapa pemenangnya..

Apepun meh tengok sapa yang menang....:-)