Wednesday, January 1, 2014

KELAS IMKK DR. AZIZAN OSMAN DEC 2013 ( 4)

Assalam,

Kelas pertama bermula dengan 'thoughts, ideas, & objectives'. Kenapa saya hadir ke program tu dan apa matlamat hadir ke kelas tersebut. So, Doc pun  suruh la semua peserta tulis sebab dan matlamat dalam work book yang diberi.

Kalau saya, kenapa saya hadir adalah :

1) Dipaksa hadir ( mula-mula memang rasa macam ni..huu)
2) Nak tambah ilmu
3)Nak tambah kenalan
4)Nak tingkatkan potensi diri


Selepas tu, Doc ajar apa yang perlu kita buat dalam hidup kita sebagai Muslim:

1) Bersyukur masih diberi peluang untuk hidup
2)Bersujud
3)Beristighfar
4)Selawat
5) Bersedekah

Dan yang paling penting adalah kita perlukan TINDAKAN LUAR BIASA untuk menjadi seseorang yang LUAR BIASA = FAST ACTION FAST RESULT

Hari pertama ni, saya telah berkenalan dengan beberapa orang peserta yang rata-rata ada bisnes sendiri, tak kira la bisnes dari bisnes jual produk kecantikan sampai la jual air tepi jalan. Time sume peserta tukar-tukar kad bisnes, saya just tukar-tukar senyum je sebab tak ade kad bisnes huu...

Dan yang paling penting, prinsip berniaga yang perlu ada lah untuk membantu menambah nilai kehidupan orang lain. Rajin memberi , rajin bersedekah. The more you give, the more you get.

Dan time yang saya tak boleh lupa pada hari pertama ni adalah apabila diberi tugasan untuk menyenaraikan impian masing-masing sebanyak 101 impian dan sesiapa yang nak special gift dari doc kena hantar pukul 8 pagi esoknya. Bayang kan, kelas habis pukul 11.00 malam. Sampai hotel kul 12 tengah malam. Memang alamatnya impian tu tertulis dalam mimpi-mimpi saya hee...



                                       


HARI KEDUA ( 14/12/13)


Pukul 8 pagi sharp dah kena ada dalam stadium. Bila doc datang dan suruh siapa-siapa yang dah siap 101 impian ( dalam 10 orang ) datang ke depan, saya ingat memang tak ada la yang buat, tapi saya silap. Beberapa orang peserta berlari-lari nak bagi impian diorang supaya doc baca dan untuk dapat special gift tu. Itu bermakna mereka-mereka telah pun menyiapkan 101 impian mereka dengan details sekali pada malam semalam di kala saya dan peserta-peserta yang sedang diulit mimpi . Awesome ! Memang terbukti tindakan luar biasa mereka. ( 101 impian saya hanya dapat disiapkan 3 hari selepas kelas berakhir ..)

Sebenarnya banyak sangat ilmu yang doc ajar terutamanya tentang sucikan kolam jiwa kita. Memang terkesan di hati. Antaranya hati perlu sentiasa bersih dan buang sikap-sikap negatif. Ni lebih kurang macam program motivasi la..tapi motivasi untuk kita mengubah diri kita melalui berniaga. Apa yang kita fikir, cakap, doa , itu  lah yang akan kita dapat. So, beware of what you are thinking and saying.

Dan malam tu, Doc buat program qasidah. Memang best sangat-sangat. Dengan 6,000 orang berqasidah beramai-ramai, bayang kan lah. Selepas selesai berqasidah, ada satu segmen iaitu ' Hot Seat'. Dalam segmen ni, Doc panggil 12 orang student dia yang dah berjaya dan capai tahap jutawan. Yang paling saya tak sangka adalah salah seorang peserta Hot Seat tu adalah lecturer saya ketika di IPTA dulu..Sangat-sangat tak sangka sebab dia just tua setahun dari saya but he manage to be a successful lawyer and set up his own firm. Memang rasa tercabar..hehe...tapi bangga la sebab bangsa Melayu boleh berjaya macam tu.  Dan sangat bertuah sebab ada bangsa Melayu yang nak tolong bangsa Melayu macam apa yang Doc buat.


HARI KETIGA ( 15/12/13)

Hari last, hari air mata. Bukan sebab kelas ni dah nak tamat tapi sebab segmen-segmen yang doc buat hari ni semuanya telah menyebabkan 6,000 orang peserta mengalirkan air mata. Rasa insaf , rasa menyesal semua ada. Segmen yang tak boleh dilupakan adalah segmen 'power of forgiving' atau kuasa memaafkan orang lain. Memang berat untuk buat sebab kita rasa diri kita ni je yang betul, ego dan macam-macam lah. Dan segmen ini juga telah menyebabkan saya dengan beraninya dan dengan tindakan yang luar biasa telah meminta maaf daripada salah seorang saudara saya di mana sebelum ini kami telah tidak bertegur sapa akibat perselisihan faham. Alhamdulillah,dah selesai pun dan tak gaduh-gaduh lagi..huu..


                                               

Saya tak boleh nak cerita dengan details semua segmen tersebut sebab saya nak semua orang pergi dan rasai sendiri kehebatan kelas tersebut dan alhamdulillah, kelas tu telah mendekatkan lagi diri saya dengan Allah s.w.t


                                         
.


No comments:

Post a Comment