Wednesday, January 29, 2014

CHINESE NEW YEAR ( ISLAM KONFIUS ???)

Assalam,

CNY makin nak dekat. Yang best sebab ofis bagi cuti lama dari Khamis sampai Isnin. Hee..Tak kisah la perayaan apa sekali pun tapi bila sampai bab cuti, semua orang alert..haha.

Tapi yang tak bestnya kenapa kita mesti nak raikan perayaan tu di tempat yang salah semata-mata untuk memenuhi kehendak majikan bukan beragama Islam? Yang buat saya terkilan, bangsa Melayu yang beragama Islam yang terhegeh-hegeh nak ikut raikan makan besar diorang. Bertudung pula tu. Buat di restoran yang langsung tiada tanda "HALAL".

Padahal sebelum pergi majlis meraikan tersebut,semua pekerja diberi pilihan samada untuk join atau tidak. Pilihan di tangan sendiri tapi tak tau lah beberapa orang pekerja Islam yang nak juga join walaupun tahu restoran tu langsung tak halal. Alasannya adalah sebab takut tak dapat bonus dan insentif. What???? Saya rasa macam nak tepuk dahi dan hentak kepala kat dinding banyak-banyak kali. Masayallah !! Mereka lebih takutkan majikan bukan beragama Islam tu dari takutkan Allah. Mereka lebih mengharapkan penghargaan manusia daripada menjaga pandangan Allah.


Apabila ditanya kenapa masih nak pergi sedangkan tahu tak halal. Jawapannya senang, ' ala, bukannya nak makan kat situ pun, just nak raikan je. Kitaorang bawa la makanan lain'. Bila ditanya lagi, tak takut ke orang lain pandang orang Islam masuk kedai tu? . Jawapannya senang lagi. ' Ala, pedulikan lah apa orang nak kata '. Time ni saya rasa nak hentak pulak kepala dia kat dinding. Sungguh. Analoginya adalah seperti perempuan melayu beragama Islam yang memakai tudung masuk ke kelab malam,dengan alasan ' saya masuk je , tak minum arak pun'. Tapi bukan ke benda-benda tu akan mendatangkan fitnah pada orang yang terlihat dia masuk ke dalam tempat-tempat haram tu.

Yang saya kelakarnya, apabila mereka sampai di restoran tersebut, pekerja-pekerja melayu yang beragama Islam dan bertudung ini tidak dibenarkan masuk atas alasan restoran tersebut tidak halal. Lihat lah betapa mereka yang bukan beragama Islam pun hormat akan agama kita. Tapi sayang, pekerja-pekerja Islam ini terus mempertahankan hak mereka untuk masuk juga ke restoran tersebut dengan alasan sebab ikut company's lunch treat. Dan akhirnya dibenarkan apabila bos masuk campur. 

Tak habis lagi. Mereka -mereka ni rupanya bawa makanan luar semata-mata nak juga makan kat situ. Haha..kelakarnya..sebenarnya restoran tu tertulis "no outside food is allowed ". Tapi bila bos masuk campur, dibenarkan la jugak.Kesian. Tak kan nak tengok je orang lain makan kan .


Kesian betul saya tengok golongan yang macam ni. Sebab diorang tak yakin rezeki Allah bagi. Takut sangat dengan majikan sampai kena ikut semua peraturan ofis walaupun sah-sah bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka sendiri yang merendahkan maruah agama Islam di mata agama lain. Patut lah umat Islam tak kuat dan tak boleh bersatu. Percaya lah, bukan majikan yang bagi kita rezeki. Tapi Allah. Semakin kita jaga Dia, Dia akan jaga kita. Dan Allah adalah majikan kita di dunia. 


                                

No comments:

Post a Comment