Tuesday, May 13, 2014

KAYA...KAYA..DAN KAYA....


ASSALAM,

Lama tak menulis dan sharing di blog ni. Sebabnya sekarang ni alhamdulillah ALLAH bagi rezeki dalam bisnes pula. Walaupun part time jual kek & cookies, tapi alhamdulillah niat asal untuk menambah nilai hidup orang lain buatkan bisnes saya semakin dikenali..syukur YA Allah.

Cakap pasal kaya, semua orang nak kaya. Betul tak? Saya pun nak kaya. Tapi kita selalu nak kaya dari segi kewangan sebab bila ada banyak duit, banyak la benda boleh dibeli dan dibuat..ye tak? 

Tapi tahu tak ada 7 jenis kekayaan , bukan saja dari segi kaya kewangan tapi macam-macam lagi. Jika kita muhasabah diri dan berfikir sedalam-dalamnya, insyallah kita nak kaya yang lain selain kaya duit.

Jom semak kat bawah ni 7 jenis kekayaan. Semoga memberi manfaat !

1) KAYA DALAMAN

  • Memiliki set minda yang positif, harga diri yang tinggi, ketenangan dalaman dan kekuatan spiritual yang tinggi.

2) KAYA KESIHATAN

  • Health is wealth ( kesihatan itu kekayaan ). Tiada gunanya kejayaan dalam pekerjaan, keuntungan dalam perniagaan jika jatuh sakit dalam usaha mengejarnya.

3) KAYA PERHUBUNGAN 

  • Jika perhubungan kita dengan keluarga dan orang di sekililing kita dalam keadaan baik dan harmoni, kehidupan akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Keluarga mesti diutamakan kerana di situlah terkumpulnya orang yang paling kita sayang.

4) KAYA LEGASI

  • Buatlah sesuatu yang terus hidup setelah kita mati. Itulah yang sering dipesankan oleh orang yang bijksana. Jangan sekadar hidup yang biasa-biasa sahaja tetapi berilah impak yang yang signifikan yang tersu berkekalan dan dikenang sebagai legasi kepada generasi kemudian setelah permergian kita.

5) KAYA PENGALAMAN

  • Jiwa manusia sentiasa  dahagakan pengalaman baru. Perasaan ingin tahu dan menimba pengalaman akan menimbulkan keseronokan dan keceriaan dalam hidup kita.

6)KAYA EKONOMI

  • Walaupun wang bukan perkara terpenting dalam hidup, tetapi wang tetap penting untuk menguruskan kehidupan dengan lebih baik.


Wallahullam....:-)






No comments:

Post a Comment