Tuesday, May 13, 2014

MEE REBUS TERBAIK DI SUNGKAI, PERAK

Assalam,


Dah lama tak tulis pasal kedai-kedai makan yang best kan.. kali ni saya nak kongsi satu kedai makan yang agak simple di tepi jalan. Ianya terletak di pekan Sungkai , Perak berhadapan dengan stesyen minyak Petronas.

Kedai  ni jual macam-macam juga..tapi hari tu saya dan mak ayah saya order mee rebus. Sedap sebab kuah dia just nice. Dengan rasa pedas+ manis + kentang yang dilecek tu memang thorbaek..hehe..dah lama saya cari kuah mee rebus yang macam ni. Akhirnya dapat juga saya merasa. Last rasa kuah mee rebus yang sedap macam ni dekat kantin sekolah rendah.

Siapa-siapa yang datang ke Sungkai meh la singgah kedai ni..:-)