Thursday, May 29, 2014

AL FATIHAH....KEMBALINYA SEORANG SULTAN MENGHADAP ILAHI





Bendera Negeri Perak akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari tempoh berkabung



Pada ( 28/05/2014 ), telah diumumkan kemangkatan Sultan Perak yang dikasihi oleh rakyat jelata Negeri Perak. Mari kita sama-sama sedekah kan AL-FATIHAH. Semoga roh Baginda ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Amin..


Di bawah ialah biografi Baginda untuk kita susuri..

DYMM PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH

  • Dilahirkan pada 19 April 1928 di Batu Gajah, Perak
  • Berkahwin dengan Tuanku Bainun Mohd Ali, mendapat 2 putera & 3 puteri
  • Ditabalkan sebagai Sultan Perak yang ke 34 pada 3 Februari 1984
  • Yang Di pertuan Agong Malaysia yang ke 9 ( 26 April 1989- 25 April 1994)

PENDIDIKAN

  • Pendidikan awal di Government English School ( SMK Sultan Yussuf ) & Kolej Melayu Kuala Kangsar ( MCKK )
  • Mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di University of Nottingham, UK pada tahun 1953

DUNIA PEKERJAAN

  • Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen
  • Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa
  • Penasihat Undang-undang Negeri Pahang
  • Penasihat Undang-undang Negeri Johor
  • Hakim Mahkamah Tinggi Malaya yang merupakan hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel ( 37 tahun )
  • 1973 : Hakim Mahkamah Persekutuan
  • 1979 : Ketua Hakim Mahkamah Tinggi
  • 1982 : Ketua Hakim Negara



Al-Fatihah....Sultan Azlan Shah dalam kenangan.....