Thursday, January 30, 2014
AJL 28 DAH SEBAYA DENGAN SAYA..:-)
Asssalam,
AJL baru je habis ahad hari tu. Diam tak diam sebenarnya AJL tu dah sebaya dengan saya.huu. opps bln 9 ni baru betul-betul sama ok.
Yang saya nak kongsikan sebenarnya adalah semakin meningkat umur saya, semakin kurang teruja nak tengok AJL macam 3 tahun yang lepas.. Kalau dulu, tu dia AJL stat kul 9, kul 8 dah tercongok depan TV..hee..siap malam sebelum tu tak leh tido lagi..
Yang paling kelakar siap tulis dalam kertas artis dan lagu mana yang dapat masuk final AJL. Konon-konon senang nak wat rujukan. Rujukan apa pun tak tau la.Bukan masuk exam pun huu...
Terutama sekali time Siti Nurhaliza tengah famous , setiap tahun masuk AJL , lagi la teruja sangat nak tunggu. Maklum lah artis kesayangan time tu.hee..
Tapi sekarang perasaan teruja nak tengok tu dah tak de lagi.. Lagu dan artis mana yang dapat masuk final pun saya dah tak ambil tahu.AJL start pukul 9, pukul 10.30 baru saya buka TV..huu.. pastu tak larat nak tunggu , sebelum umum pemenang saya dah tidur..hee..esok baru tengok dalam paper sapa pemenangnya..
Apepun meh tengok sapa yang menang....:-)

Wednesday, January 29, 2014
CHINESE NEW YEAR ( ISLAM KONFIUS ???)
Assalam,
CNY makin nak dekat. Yang best sebab ofis bagi cuti lama dari Khamis sampai Isnin. Hee..Tak kisah la perayaan apa sekali pun tapi bila sampai bab cuti, semua orang alert..haha.
Tapi yang tak bestnya kenapa kita mesti nak raikan perayaan tu di tempat yang salah semata-mata untuk memenuhi kehendak majikan bukan beragama Islam? Yang buat saya terkilan, bangsa Melayu yang beragama Islam yang terhegeh-hegeh nak ikut raikan makan besar diorang. Bertudung pula tu. Buat di restoran yang langsung tiada tanda "HALAL".
Padahal sebelum pergi majlis meraikan tersebut,semua pekerja diberi pilihan samada untuk join atau tidak. Pilihan di tangan sendiri tapi tak tau lah beberapa orang pekerja Islam yang nak juga join walaupun tahu restoran tu langsung tak halal. Alasannya adalah sebab takut tak dapat bonus dan insentif. What???? Saya rasa macam nak tepuk dahi dan hentak kepala kat dinding banyak-banyak kali. Masayallah !! Mereka lebih takutkan majikan bukan beragama Islam tu dari takutkan Allah. Mereka lebih mengharapkan penghargaan manusia daripada menjaga pandangan Allah.
Apabila ditanya kenapa masih nak pergi sedangkan tahu tak halal. Jawapannya senang, ' ala, bukannya nak makan kat situ pun, just nak raikan je. Kitaorang bawa la makanan lain'. Bila ditanya lagi, tak takut ke orang lain pandang orang Islam masuk kedai tu? . Jawapannya senang lagi. ' Ala, pedulikan lah apa orang nak kata '. Time ni saya rasa nak hentak pulak kepala dia kat dinding. Sungguh. Analoginya adalah seperti perempuan melayu beragama Islam yang memakai tudung masuk ke kelab malam,dengan alasan ' saya masuk je , tak minum arak pun'. Tapi bukan ke benda-benda tu akan mendatangkan fitnah pada orang yang terlihat dia masuk ke dalam tempat-tempat haram tu.
Yang saya kelakarnya, apabila mereka sampai di restoran tersebut, pekerja-pekerja melayu yang beragama Islam dan bertudung ini tidak dibenarkan masuk atas alasan restoran tersebut tidak halal. Lihat lah betapa mereka yang bukan beragama Islam pun hormat akan agama kita. Tapi sayang, pekerja-pekerja Islam ini terus mempertahankan hak mereka untuk masuk juga ke restoran tersebut dengan alasan sebab ikut company's lunch treat. Dan akhirnya dibenarkan apabila bos masuk campur.
Tak habis lagi. Mereka -mereka ni rupanya bawa makanan luar semata-mata nak juga makan kat situ. Haha..kelakarnya..sebenarnya restoran tu tertulis "no outside food is allowed ". Tapi bila bos masuk campur, dibenarkan la jugak.Kesian. Tak kan nak tengok je orang lain makan kan .
Kesian betul saya tengok golongan yang macam ni. Sebab diorang tak yakin rezeki Allah bagi. Takut sangat dengan majikan sampai kena ikut semua peraturan ofis walaupun sah-sah bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka sendiri yang merendahkan maruah agama Islam di mata agama lain. Patut lah umat Islam tak kuat dan tak boleh bersatu. Percaya lah, bukan majikan yang bagi kita rezeki. Tapi Allah. Semakin kita jaga Dia, Dia akan jaga kita. Dan Allah adalah majikan kita di dunia.
Tuesday, January 28, 2014
GIVEAWAY SANTAI HUNYEDA
Assalammualikum
!*__*!
Hari ne baru ada kesempatan nak buat GA. Janji hari khamis sebelum ne. Maaf kepada semua sponsor. So, hari ne GA akan berlangsung sekarang. Harap ada sambutan ^^
Monday, January 27, 2014
TAT NASI AYAM PALING BEST
Assalam,
Malam ni sambil layan AJL , nak juga share pasal satu kedai nasi ayam yang bagi saya sangat sedap dan unik. Tiba-tiba teringat sebab ayam dia sangat sedap hee..tapi kat Ipoh tak de la pulak..
Nama kedai ni TAT NASI AYAM. Saya selalu pergi di Alor Setar, Kedah sebab bila outstation ke sana, mesti singgah. Kedai ni ada beberapa branch lagi contoh di Sg.Petani dan Taiping ( dua ni je yang saya tau ..hee)

Yang saya nak share ni adalah keenakan nasi ayam panggang yang disertakan dengan kuah asam dan kicap dan sos. Memang terbaik ! dan juga nasi dia pun sedap dan lembut je. Harga pun tak mahal. Rasanya satu pinggan dalam rm4.50 ( kalau tak salah ). Sup dia tak payah cakap la, memang sedap giler. Teruja sangat setiap kali pergi Alor Setar mesti nak singah. Ayah saya siap order sup kaki ayam..hee. Dan kedai ni setiap kali pergi mesti penuh tapi yang bagusnya service dia laju je..tak payah nak tahan lapar lama-lama sangat. tip top.
so sape-sape yang rasa nak try nasi ayam ni adalah sangat-sangat digalakkan.hee...selamat menjamu selera..:-)

Friday, January 24, 2014
AISKRIM SLURPPPP WARISAN BONDA
[Penyejuk Badan Paling Best]
penyejuk badan yang paling murah, mudah, cepat dan paling membahagiakan satu ketika dahulu....
Teringat pada zaman kanak-kanak dahulu...berbekalkan duit syiling...sanggup berlari-lari ke kedai runcit mencari sumber penyejuk badan....kadang-kadang sanggup kayuh basikal meredah keterikkan matahari semata-mata inginkan "penyejuk badan" ini...
Berkat hasil usaha meredah kepanasan matahari, ais krim malaysia berjaya dibeli...boleh dinikmati dengan pelbagai cara...paling best kalau dapat perisa asam boi or milo...pergh syahdu seh!!!!
(*meleleh air liur membayangkan ais krim sekarang ini,,,)
Jom kita menggamit kenangan zaman dolu-dolu...
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)