Tuesday, January 14, 2014

BULU ROMA TEGAK DI HOTEL SWISS GARDEN DAMAI LAUT, LUMUT

                                                                            Assalamualaikum...

Hari ni baru ada kekuatan sikit nak tulis pasal tajuk entri di atas. Huu sebabnya baru hilang sikit rasa seram sejuk. Maklumlah baru balik dari Team building anjuran ofis saya di Damai Laut, Lumut, Perak.

Program berlangsung selama 3 hari 2 malam.  Rasa seronok sangat sebab dapat pegi bercuti dengan ofis mate-ofis mate sekalian walaupun tahu banyak aktiviti kena buat.huu...Nak dijadikan cerita, saya dan ofis mate saya ( sebilik ) dapat satu bilik di tingkat 3. Mula-mula je kaki melangkah masuk bilik tu, hati dah rasa tak syiook..rasa macam serba tak kena, tapi saja nak positifkan diri. Maklum lah tempat baru. Tapi keadaan bilik tu macam suram dan gloomy sangat, lampu bilik pun malap je. Bila buka tingkap sebab excited nak tahu dapat view apa ( harap-harap dapat view laut hee), terus tutup balik tirai langsir dan tak terfikir nak buka lagi. Sebabnya dapat view hutan ok.

Malam pertama, lepas habis aktiviti , saya solat jamak . Roomate saya dah tidur sebab penat sangat dan dia uzur ( hanya untuk wanita ok ..hee). Tergerak hati nak baca Yassin dan buat solat hajat. Alhamdulillah, memang dari rumah tergerak hati nak bawa surah Yassin tu. Lepas habis buat semua tu, tengok jam pukul 1.30 pagi, terus naik katil nak tidur. Tapi sepanjang malam sampai pukul 4 pagi, mata tak boleh lelap walaupun badan rasa penat sangat-sangat. Rupa-rupanya room mate saya pun sama berjaga sampai ke pagi, tak boleh tidur dan mata terkebil-kebil pandang seluruh bilik. Fuh..masing-masing tak mengaku yang sebenarnya tak boleh tidur.

Tak pe lagi. Malam kedua yang agak seram lagi sadis. huu..Lepas habis aktiviti 'Team Performance ' dalam pukul 10.45 malam, saya dan kawan-kawan yang lain pun balik ke bilik. Saya dan room mate ikut je kawan-kawan yang lain balik ke bilik ikut laluan mereka padahal kami tak pernah lalu laluan tu pun sebelum ni di mana terdapat satu lorong yang agak sunyi untuk pergi ke lif di Tingkat 1. Kawan-kawan yang lain dengan gembiranya bergelak ketawa dengan kuat sampai saya terpaksa tegur sebab takut menganggu penghuni bilik lain yang sedang tidur.

Kami pun ramai-ramai naik lif tersebut untuk pergi ke bilik masing-masing. Salah seorang ofis mate  saya, Kak Ira masuk ke dalam lif agak lambat sedikit ketika pintu lif hampir tertutup. Saya berdiri di sebelah room mate saya, Kak Nab. Saya terdengar room mate saya bertanya pada Kak Ira samada dia ok atau tidak. Saya dapat rasa sesuatu yang tidak kena berdasarkan nada dan intonasi room mate saya bertanya pada Kak Ira tetapi saya tidak mahu mencelah. Sampai di Tingkat 3 ( kak Ira juga di tingkat 3), room mate saya berkata yang dia akan datang ke bilik Kak Ira sekejap lagi apabila kami berpisah. Hati saya mula syak sesuatu.

Apabila pintu bilik saya dibuka, saya dapat rasa bilik tu jadi bertambah suram dan menyeramkan. Tapi saya just diam je. Saya terus tanggalkan tudung dan bertanya pada room mate saya apa sebenarnya yang terjadi di dalam lif tersebut. Room mate saya menceritakan bahawa apabila dia bertanya pada Kak Ira samada dia ok atau tidak , tangan Kak Ira yang sedang memegang tangannya dengan tiba-tiba mencengkam tangan room mate saya dengan kuat sekali. Sakit dan kasar. Kak Ira tak semena-mena menangis teresak-esak tetapi cepat-cepat ditenangkan oleh Kak Nab.

Habis saja Kak Nab bercerita, ZAPPPPP ! bulu roma saya tiba -tiba tegak di tengkuk, bukan di lengan. First time, saya rasa perasaan yang sangat takut yang tak pernah saya alami sebelum ini. Sungguh .Pelik.Perasaan yang ganjil.Kak Nab terus memeluk saya sambil menenangkan saya.Kemudian, apabila pelukan dilepaskan saya terus duduk di birai katil sambil mulut terkumat-kamit membaca surah Kursi. Kak Nab bertanya samada saya takut sangat atau tidak ketika itu. Saya mengangguk dan meminta kami cepat-cepat tinggalkan bilik tersebut dan tidur di bilik Kak Ira. Memang tak sempat mandi dan kami terus capai bantal, selimut, baju dan apa saja untuk keluar dari bilik itu. Saya pun tak tau kenapa tapi yang saya tahu saya hanya mahu tinggalkan segera bilik tersebut.


Sampai di bilik Kak Ira, kedengaran ayat-ayat Al-Quran sudah pun dipasang. Kak Ira menangis lagi tapi cepat-cepat ditenangkan oleh Kak Nab. Kemudian, Kak Nab menyuruh saya membaca surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali di atas sebiji limau kasturi yang telah dibelah dua. Alhamdulillah, Allah gerakkan juga hati Kak Nab untuk membawa limau kasturi tersebut dari rumah. Suasana senyap dan sunyi. Hanya alunan ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang ketikajam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Saya kemudian bangun untuk mandi tetapi tiba-tiba terpandang wajah Kak Nab yang sedang duduk di satu sudut bilik tersebut dengan wajah yang agak bengis. Sesekali kedengaran bunyi dia mengeluh dan mendesah. Pelik. Tetapi saya buat-buat tak tahu dan hanya mendiam kan diri. Malam itu juga Kak Nab menolak untuk tidur berkongsi katil dengan saya, Kak Ira dan Kak Nora ( roomate Kak Ira).Saya rasa lega dapat berkongsi katil walaupun saya tidur di sebelah Kak Ira yang saya tahu hampir dirasuk. Ketakutan saya memang hilang.


Keesokkan paginya, dalam pukul 7.30 pagi, saya dan Kak Nab pulang semula ke bilik kami. Rasa lega kerana hari ini hari terakhir program dan kami akan pulang ke rumah . Saya nampak Kak Nab okey dan tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah Kak Nab menceritakan segala-galanya

Rupa-rupanya , sewaktu Kak Ira memegang dan mencengkam tangan Kak Nab di dalam lif, Kak Nab dapat merasakan bahawa makhluk itu sudah mengekori KaK Nab. Tambahan pula, KaK Nab dalam keadaan uzur.Patut lah bulu roma saya tegak sangat-sangat sewaktu di dalam bilik sehingga Kak Nab nampak yang bulu roma saya tegak di tengkuk. Rupa-rupanya makhluk itu berada di dalam bilik saya. Alhamdulillah, Allah menggerakan hati saya untuk cepat-cepat tinggalkan bilik tersebut.

Dan sepanjang malam sampai pukul 5.30 pagi Kak Nab tidak dapat melelapkan mata sebab dia merasakan dadanya sangat berat seolah-olah ditindih sesuatu. Dia  juga merasa pening dan khayal serta suka merenung wajah sendiri di depan cermin. Ada kalanya dia akan merasa khayal dan terbuai-buai dengan perasaan tersebut tetapi apabila dia tersedar, cepat-cepat dia beristighfar. Perasaan yang sama yang pernah dialaminya ketika dia megalami histeria sewaktu di sekolah menengah dulu. Semangatnya hanya pulih sedikit selepas mandi bersama air yang telah dicampur dengan hirisan limau kasturi tersebut.

Alhamdulillah, tiada apa-apa kejadian buruk yang berlaku tetapi saya tak kan lupa perasaan yang sangat pelik yang saya sendiri alami. Dan rupa-rupanya, kawan-kawan lain yang berada di Tingkat 1 dan 3 yang lain turut diganggu pada malam yang sama. Nauzubillahi minzalik. . Dia juga makhluk Allah.

                              


12 comments:

  1. 3 Ari sblm pose,Saya n pamily lepak kt Swiss court apartment bilik 101 Bloke,tepi skali...scary coz no masuk dlm lam 6 kilo,x prasan plop Ade kubur kt guard post tu,guard plop duk sorang2 kt ctu...first time tgk tempat tu pong dh rase semcm n staff kt ctu pong cam simpan rahsia semacam jee...front desk lak ngadap utan....nk ke Swiss resort pong bole thn jauhnye....ntoh Lee,mmg tempat 'dia' kot...

    ReplyDelete
  2. Again,dri jln beso ke dlm pong dh rase jauh.....apsal la jauh no smpi ke dlm,free punya psl,redoh jeee

    ReplyDelete
  3. mimpi hantu tido kt hotel tu sekali anak branak

    ReplyDelete
  4. Baru plan nk pi..mnyeramkan pulak dgn nk bwa baby 10 bln

    ReplyDelete
  5. Ingat Suite 604; yg lain2 pun! Kami sekeluarga 4 bilik tak da apa2 pulak.

    ReplyDelete
  6. Saya, mak dan family's kakak selalu tdo dekat sini. Alhamdulillah tak ada apa2 berlaku. Patutlah tak ramai org yg datang kesini. Ingatkan sebab jauh ke dalam.

    ReplyDelete
  7. Saya baru gi sana 20-22/12 haritu. Bilik sy tingkat 423 hujung sekali menghadap hutan huhu.. First masuk bilik memang rasa something. Baca apa yang tau & tawakal. Risau juga sebab ada baby umur 3 bulan. Alhamdulillah semua ok.

    ReplyDelete
  8. Ok je Alhamdulillah 1 mggu xde apa gangguan....cuma air cond sejuk

    ReplyDelete
  9. 2x pegi, 2x husband demam panas..tempat ni lain mcm sikit esp kat tepi pantai waktu mlm..

    ReplyDelete
  10. Dah 5 kali pergi sebelum nie (dgr2 skg new operator dah ambil alih) .. So far Alhamdulillah.. Bila kita bertandang jangan lupa doa2 dan ayat perlindungan. In Sha Allah Segalanya baik2 saja.. 😊

    ReplyDelete