Sunday, November 17, 2013

KEK MARBLE PEMANGGANG AJAIB

Salam,

Hari  ni rasa macam teringin sangat nak makan kek marble. Selalu beli kat kilang kek, tapi hari ni rasa nak buat sendiri. Disebabkan saya ni hanya la beginner dalam bab masak-memasak, saya pun google la cari resipi kek marble . Boleh tahan la hasilnya. Tapi kali  ni saya bakar kek tak guna oven, tapi guna pemanggang ajaib. Memang cepat sangat .5 minit dah masak . Ajaib kan ? hehe  tapi kena pastikan sukatan adunan tu mencukupi untuk saiz pemanggang ajaib tersebut. Kalau terlebih adunan, kek tu akan meleleh keluar.

Ini resepi kek marble yang simple lagi lazat.


125 gram Buttercup
150 gram gula castor
4 biji telur
sedikit esen vanila
3 sudu makan susu pekat
200 gram tepung naik sendiri
2 sudu makan coklat /serbuk koko yang dicairkan

cara-cara :

1) Pukul butter & gula sehingga kembang
2) Masukkan telur satu persatu ( masuk satu pukuk sehingga kembang, kemudian masuk lagi sehingga habis     4 biji ). Pukul sehingga kembang.
3 ) Masukkan esen vanila & susu pekat . Pukul rata.
4 ) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan kelajuan perlahan.
5 ) Asingkan kepada 2 bahagian . 1 bahagian masukkan coklat & gaul rata.
6 ) Masukkan ke dalam loyang secara berselang seli
7 ) Bakar selama 1 jam sehingga masak
8 ) Tadaaaaaaaaaaaaaa....dah siap !



Selamat mencuba !!!


http://arezie86.blogspot.com