Monday, November 11, 2013

ISTIQAMAH KAH AKU ?

Kala bersendirian di merenung langit malam,
Ku rasa kasihMu seluas alam,
Timbul rasa insaf dan terharu, 
Betapa aku kerdil dalam dunia milikMu.

Tinta menari  menukil luahan,
Ingin berhijrah ke jalan kebenaran, 
Kiri kanan ku pandang sepi,
Tiada yang mendesak, hanya aku sendiri

Hijrah terasa amat payah 
Walau lelah kugagahi jua
Cuba berhijrah menutup aurat 
Hijab dan pakaian ikut syariat
Namun terkadang tersungkur jua
Trend sekarang  lebih memikat
Sungguh...istiqamah aku?

Lidah harap pohon dijaga
Bukan untuk berkata dusta
Bukan juga  menyebar fitnah
Memang sukar menahan kemahuan
Tatkala berkumpul sesama rakan
Tersasar juga kata-kata sedemikian
Sungguh..istiqamah kah aku?

Jarak menjaga aku dan dia
Cuba pertahan tidak bersemuka
Biarlah halal tatkala diijabkabul
Namun terkadang pertemuan terjadi 
Sungguh..istiqamah kah aku?

Biarlah hati berbicara
Untuk cuba baiki diri
Istiqamah milik semua manusia
Kuat atau tidak  melawan nafsu
Semoga Allah beri kekuatan....