Sunday, November 17, 2013

KALAU BUKAN REZEKI KITA, TETAPLAH BUKAN REZEKI KITA

 Salam,


Teringat satu insiden yang berlaku dua tiga minggu lepas. Waktu itu dalam perjalanan pulang dari Penang ke Ipoh.  Nak dijadikan cerita , saya baru melepasi Tol Juru dan membayar harga tol sebanyak RM16.80 dengan memberi duit sebanyak rm50. Selepas melepasi tol, saya mendapati minyak kereta sudah hampir habis lalu saya pun memberhentikan kereta di stesyen minyak Shell Juru. Sebaik berhenti, saya terus pergi ke kaunter dan membayar duit minyak tersebut.

Sekembali saya ke kereta dan tatkala.ingin mengisi minyak, saya terpandang beberapa keping not rm10, rm5 dan rm1 bertaburan di sekeliling tempat kereta saya . Saya pelik dan berfikir dari mana duit-duit itu datang dan siapa kah yang telah tercicir duit tersebut. Pada waktu itu, saya berfikir yang pasti duit itu  bukan duit saya. Tambahan pula, saya telah  bertanya kepada ayah saya yang berada di dalam kereta samaada  beliau tahu tentang duit-duit tersebut. Malangnya beliau tidak tahu duit-duit itu milik siapa. Terdetik di hati ingin mengambil duit-duit tersebut tetapi cepat -cepat mengingnatkan diri bahawa duit itu bukan milik saya dan bira lah ia kembali pada yang berhak.

Sedang saya ingin mengisi minyak , saya perasan dari ekor mata saya, ada seorang lelaki yang asyik menjeling dan melihat ke arah saya  dan duit-duit tersebut. Tiba-tiba lelaki tersebut menuju ke arah saya dan bertanya "dik , adik tak nak ambil ke duit tu ?" . Saya memandang lelaki tersebut dan menggelengkan kepala. Lelaki tersebut dengan gembiranya mengambil duit-duit tersebut dan terus pergi ke kaunter bayaran .

Selepas selesai mengisi minyak, saya meneruskan perjalanan menuju Ipoh. Di dalam kereta saya terfikir duit siapakah itu. Masyallah !! Subhanallah ! Baru saya teringat , duit-duit yang bertaburan itu milik saya. Setelah duit-duit itu bertukar tangan kepada lelaki tersebut, Allah mengilhamkan kepada saya tentang duit-duit tersebut. Rupa-rupanya selepas saya membayar duit tol , bakinya saya hanya letakkan sahaja di atas riba tanpa menyimpan ke dalam beg duit. Dan sewaktu saya melangkah keluar dari kereta dan ingin membayar duit minyak, maka duit-duit yang di atas riba saya lalu jatuh dan bertaburan tanpa saya perasan. Mm ketika itu ralatnya perasaan saya. Terasa ingin mematahkan balik perjalanan saya dan pergi semula kepada lelaki tersebut untuk menuntut semula duit-duit tersebut. Namun, cepat-cepat saya beristighfar dan mengingatkan kembali diri saya bahawa duit itu bukan milik saya lagi walaupun pada mulanya memang milik saya.


Pengajaran :  1 ) Jika rezeki itu bukan milik kita, tetaplah bukan milik kita. Mungkin Allah nak bagi rezeki yang lain pada kita.

                      2) Sila lah simpan duit dalam beg duit lepas bayar apa-apa ye..jangan letak atas riba je..hee
      

No comments:

Post a Comment