Assalamualaikum,
Hari ni bila baca paper nampak ada satu berita tentang pelakon popular dan juga anak pengarah filem popular , Syamsul Yusof bakal bernikah dengan pelakon Puteri Sarah. Mereka dikhabarkan akan diijabkabulkan pada bulan Februari atau Mac tahun ini. Alhamdulillah. Jodoh dah sampai.
Saya ni tak la big fan of them tapi ada satu benda yang menarik untuk dikongsi. Kalau tak silap saya, Puteri Sarah dulu adalah salah seorang artis yang berpakaian agak seksi. Tapi alhamdulilah, dia sudah mendapat hidayah dari Allah dan lihat saja lah Puteri Sarah yang berimej muslimah yang menjaga auratnya. Dia juga pernah melalui kisah sedih apabila putus cinta dengan salah seorang pelakon, Ammar kalau tak silap. Begitu juga dengan Syamsul Yusof yang saya lihat sekarang sudah banyak berubah ke arah kerja-kerja dakwah. Dia juga pernah melalui kisah putus cinta dengan pelakon Diana Danielle satu ketika dulu.
Tapi Allah itu Maha Mengetahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Dia datangkan ujian dalam bentuk kesedihan, kekecewaan supaya hamba-hambanya dapat kembali kepada Sang Pencipta. Dapat kembali merintih dan mengadu kepadaNya. Sungguh, Allah rindukan rintihan dari umat-umatnya.
Mungkin juga kisah putus cinta kedua-dua artis tersebut telah membawa mereka kepada satu penghijrahan yang begitu bermakna sekali. Berjaya merubah diri menjadi insan yang lebih baik dan yang paling penting kembali dekat kepada Yang Maha Satu. Dan mereka terus mengorak langkah untuk berjaya dalam bidang masing-masing tanpa mahu menoleh ke belakang lagi.
Sweet sangat Puteri Sarah berhijab..suke..suke..suke |
Nah, akhirnya, setelah kedua-duanya semakin dekat dengan Sang Pencipta, Allah telah hadirkan cinta di dalam hati mereka berdua. Benarlah, perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik. Saya sangat suka dengan ending kisah hidup mereka. Macam kisah perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite. Dan betullah kata orang, kalau kita mahu mencari jodoh yang terbaik, kita sendiri dulu yang harus mengubah diri kita menjadi yang baik.
Semoga kisah mereka menjadi inspirasi buat diri saya dan kita semua..mood happy..:-)
No comments:
Post a Comment