Selamat tahun baru 2014..rasa-rasanya semua orang ada azam tahun baru kan ? Kalau tak de pun, mungkin azam tahun-tahun lepas yang masih belum tercapai boleh di ' carry forward '..hee ..contoh cam saya, azam dari tahun-tahun lepas nak tambah berat badan, tapi masih tak dapat lagi huu...
Ok lah, sebenarnya nak share sikit pasal tajuk kat atas tu. Bila baca dalam surat khabar tentang wilayah Acheh di Indonesia yang mengharamkan terus sambutan tahun baru di sana untuk umat Islam, terus terfikir kenapa umat Islam kat negara kita ni tak boleh buat macam tu eh? Mm kenapa setiap kali tahun baru je mesti ada konsert, bile ada konsert je mesti tahun baru..serius, tak faham konsep tu dan kenapa perlu ikut gaya orang Barat yang dah bertahun-tahun lamanya meninggalkan negara kita selepas merdeka. Memang kita ni dah nama je dah merdeka tapi minda kita masih dijajah.
Tiba-tiba rasa nak membebel je but it's true. Cuba lah contohi Acheh tu. Walaupun kita tahu yang fatwa tentang pengharaman sambutan tahun baru tu hanya berkuat kuasa pada 24 Disember 2013 oleh Majlis Permusyawaratan Ulama Acheh dan setelah tejadinya musibah Tsunami pada 2004, tapi sekurang-kurangnya mereka jadikan Tsunami tu sebagai iktibar.
Takkan la kita ni nak tunggu sampai satu musibah yang dasyat berlaku baru nak keluarkan fatwa macam tu. Sebenarnya Allah turunkan Tsunami supaya kita semua boleh jadikan iktibar atau ibrah, buka minda, celikkan mata hati , tengok apa yang kita semua dah buat bila hanyut dalam zaman moden macam ni. Sebenarnya di sini dah banyak musibah yang jadi, contoh macam banjir, kemalangan jalan raya, pembuangan anak ( ni kita ikut tradisi orang-orang zaman Jahiliah), dan macam-macam lagi, tapi apa tindakan kita ? Just tengok, cakap 'apa nak jadi lah zaman sekarang ni, dan berlalu pergi.
Di Acheh, kalau nak tahu polis adakan serbuan di hotel-hotel, gerai-gerai makanan selepas fatwa dikeluarkan.Polis juga bubarkan sebarang aktiviti perhimpunan dan sebarang permainan bunga api dan trompet akan dirampas. Mereka menganggap umat Islam hanya perlu menyambut kedatangan Maal Hijrah. Masyallah ! Kita ? Tepuk dada , tanya iman.
Kalau nak buat juga konsert boleh, tapi biar lah berlandaskan syariat-syariat Islam seperti yang dibuat di Pulau Pinang. Sebenarnya kita semua boleh ...boleh berubah. Jangan takut pada kuasa itu, takut la pada Dia yang Satu.
Tabik spring pada Syamsul Yusof...toing ! |
No comments:
Post a Comment