Thursday, January 30, 2014

PENCARIAN 50 BLOGLIST MAMANIZA

AJL 28 DAH SEBAYA DENGAN SAYA..:-)

Asssalam,

AJL baru je habis ahad hari tu. Diam tak diam sebenarnya AJL tu dah sebaya dengan saya.huu. opps bln 9 ni baru betul-betul sama ok.

Yang saya nak kongsikan sebenarnya adalah semakin meningkat umur saya, semakin kurang teruja nak tengok AJL macam 3 tahun yang lepas.. Kalau dulu, tu dia AJL stat kul 9, kul 8 dah tercongok depan TV..hee..siap malam sebelum tu tak leh tido lagi..

Yang paling kelakar siap tulis dalam kertas artis dan lagu mana yang dapat masuk final AJL. Konon-konon senang nak wat rujukan. Rujukan apa pun tak tau la.Bukan masuk exam pun huu...

Terutama sekali time Siti Nurhaliza tengah famous , setiap tahun masuk AJL , lagi la teruja sangat nak tunggu. Maklum lah artis kesayangan time tu.hee..

Tapi sekarang perasaan teruja nak tengok tu dah tak de lagi.. Lagu dan artis mana yang dapat masuk final pun saya dah tak ambil tahu.AJL start pukul 9, pukul 10.30 baru saya buka TV..huu.. pastu tak larat nak tunggu , sebelum umum pemenang saya dah tidur..hee..esok baru tengok dalam paper sapa pemenangnya..

Apepun meh tengok sapa yang menang....:-)

        
   
                  

Wednesday, January 29, 2014

CHINESE NEW YEAR ( ISLAM KONFIUS ???)

Assalam,

CNY makin nak dekat. Yang best sebab ofis bagi cuti lama dari Khamis sampai Isnin. Hee..Tak kisah la perayaan apa sekali pun tapi bila sampai bab cuti, semua orang alert..haha.

Tapi yang tak bestnya kenapa kita mesti nak raikan perayaan tu di tempat yang salah semata-mata untuk memenuhi kehendak majikan bukan beragama Islam? Yang buat saya terkilan, bangsa Melayu yang beragama Islam yang terhegeh-hegeh nak ikut raikan makan besar diorang. Bertudung pula tu. Buat di restoran yang langsung tiada tanda "HALAL".

Padahal sebelum pergi majlis meraikan tersebut,semua pekerja diberi pilihan samada untuk join atau tidak. Pilihan di tangan sendiri tapi tak tau lah beberapa orang pekerja Islam yang nak juga join walaupun tahu restoran tu langsung tak halal. Alasannya adalah sebab takut tak dapat bonus dan insentif. What???? Saya rasa macam nak tepuk dahi dan hentak kepala kat dinding banyak-banyak kali. Masayallah !! Mereka lebih takutkan majikan bukan beragama Islam tu dari takutkan Allah. Mereka lebih mengharapkan penghargaan manusia daripada menjaga pandangan Allah.


Apabila ditanya kenapa masih nak pergi sedangkan tahu tak halal. Jawapannya senang, ' ala, bukannya nak makan kat situ pun, just nak raikan je. Kitaorang bawa la makanan lain'. Bila ditanya lagi, tak takut ke orang lain pandang orang Islam masuk kedai tu? . Jawapannya senang lagi. ' Ala, pedulikan lah apa orang nak kata '. Time ni saya rasa nak hentak pulak kepala dia kat dinding. Sungguh. Analoginya adalah seperti perempuan melayu beragama Islam yang memakai tudung masuk ke kelab malam,dengan alasan ' saya masuk je , tak minum arak pun'. Tapi bukan ke benda-benda tu akan mendatangkan fitnah pada orang yang terlihat dia masuk ke dalam tempat-tempat haram tu.

Yang saya kelakarnya, apabila mereka sampai di restoran tersebut, pekerja-pekerja melayu yang beragama Islam dan bertudung ini tidak dibenarkan masuk atas alasan restoran tersebut tidak halal. Lihat lah betapa mereka yang bukan beragama Islam pun hormat akan agama kita. Tapi sayang, pekerja-pekerja Islam ini terus mempertahankan hak mereka untuk masuk juga ke restoran tersebut dengan alasan sebab ikut company's lunch treat. Dan akhirnya dibenarkan apabila bos masuk campur. 

Tak habis lagi. Mereka -mereka ni rupanya bawa makanan luar semata-mata nak juga makan kat situ. Haha..kelakarnya..sebenarnya restoran tu tertulis "no outside food is allowed ". Tapi bila bos masuk campur, dibenarkan la jugak.Kesian. Tak kan nak tengok je orang lain makan kan .


Kesian betul saya tengok golongan yang macam ni. Sebab diorang tak yakin rezeki Allah bagi. Takut sangat dengan majikan sampai kena ikut semua peraturan ofis walaupun sah-sah bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka sendiri yang merendahkan maruah agama Islam di mata agama lain. Patut lah umat Islam tak kuat dan tak boleh bersatu. Percaya lah, bukan majikan yang bagi kita rezeki. Tapi Allah. Semakin kita jaga Dia, Dia akan jaga kita. Dan Allah adalah majikan kita di dunia. 


                                

Tuesday, January 28, 2014

GIVEAWAY CNY BY DEDEQ

GIVEAWAY SANTAI HUNYEDA


Assalammualikum
!*__*!

Hari ne baru ada kesempatan nak buat GA. Janji hari khamis sebelum ne. Maaf kepada semua sponsor. So, hari ne GA akan berlangsung sekarang. Harap ada sambutan ^^
























Monday, January 27, 2014

TAT NASI AYAM PALING BEST

Assalam,

Malam ni sambil layan AJL , nak juga share pasal satu kedai nasi ayam yang bagi saya sangat sedap dan unik. Tiba-tiba teringat sebab ayam dia sangat sedap hee..tapi kat Ipoh tak de la pulak..

Nama kedai ni TAT NASI AYAM. Saya selalu pergi di Alor Setar, Kedah sebab bila outstation ke sana, mesti singgah. Kedai ni ada beberapa branch lagi contoh di Sg.Petani dan Taiping ( dua ni je yang saya tau ..hee)

                                    

Yang saya nak share ni adalah keenakan nasi ayam panggang yang disertakan dengan kuah asam dan kicap dan sos. Memang terbaik ! dan juga nasi dia pun sedap dan lembut je. Harga pun tak mahal. Rasanya satu pinggan dalam rm4.50 ( kalau tak salah ). Sup dia tak payah cakap la, memang sedap giler. Teruja sangat setiap kali pergi Alor Setar mesti nak singah. Ayah saya siap order sup kaki ayam..hee. Dan kedai ni setiap kali pergi mesti penuh tapi yang bagusnya service dia laju je..tak payah nak tahan lapar lama-lama sangat. tip top.






so sape-sape yang rasa nak try nasi ayam ni adalah sangat-sangat digalakkan.hee...selamat menjamu selera..:-)

Friday, January 24, 2014

AISKRIM SLURPPPP WARISAN BONDA

[Penyejuk Badan Paling Best]

penyejuk badan yang paling murah, mudah, cepat dan paling membahagiakan satu ketika dahulu....

Teringat pada zaman kanak-kanak dahulu...berbekalkan duit syiling...sanggup berlari-lari ke kedai runcit mencari sumber penyejuk badan....kadang-kadang sanggup kayuh basikal meredah keterikkan matahari semata-mata inginkan "penyejuk badan" ini...

Berkat hasil usaha meredah kepanasan matahari, ais krim malaysia berjaya dibeli...boleh dinikmati dengan pelbagai cara...paling best kalau dapat perisa asam boi or milo...pergh syahdu seh!!!!
(*meleleh air liur membayangkan ais krim sekarang ini,,,)


Jom kita menggamit kenangan zaman dolu-dolu...

Wednesday, January 22, 2014

BISKUT BOLEH HILANGKAN STRESS


[Biskut pembunuh?!]                    Photo

Adalahkan anda tahu bahawasanya semakin hari manusia dibebani dengan kerja serta urusan dunia? 
Ketahuilah bahawa kajian menunjukkan bahawa manisan dapat menurunkan kadar stress anda? 

Pelbagai manisan seperti COKLAT serta BISKUT dihasilkan untuk menurunkan kadar stress anda namun kandungan gula yang tinggi serta bahan pengawet yang digunakan oleh kilang-kilang boleh MEMBUNUH anda?? 

Product kami iaitu "TART GEBU" penuh dengan inti jem nenes yang pasti membuatkan anda terngigau dengan rasa manis kerana dihasilkan secara homemade dimana hanya nenes berkualiti digunakan..dan keenakan inti jem ini hanya datang dari nenas tersebut tanpa sebarang bahan pengawet digunakan...

Bayangkan kulit tart yang dibuat dengan cara tradisional, dibuat secara manual menggunakan tangan bagi mengekalkan keenakan rasa kenikmatan setiap kali suapan dilakukan...setiap kali proses adunan tepung pasti disertai dengan alunan zikir,selawat serta doa bagi menambah nikmat kehidupan kepada semua yang menikmatinya..

"TART GEBU" pasti membuatkan anda rasa bahagia, tenang, seronok serta akan menurunkan kadar stress anda sehingga anda tersenyum lebar ketika menikmatinya...sesungguhnya TART GEBU pasti membuatkan isteri,suami atau anak-anak anda gembira sehinggakan menolak sebarang makanan yang tidak berkhasiat..

Cuba tuan/cik puan bayangkan, TART GEBU ini mampu MEMBUNUH rasa membelanja anak-anak anda dari membeli makanan segera? TART GEBU ini dijamin halal, berkhasiat dan pasti mengenyangkan dimana ianya sesuai dinikmati pada bila-bila masa.... 

"PADAT DIMULUT, PENUH DIPERUT"


  
                                                              

Hubungi kami secara PM/whatsapp/call, SHARINA 012- 777 2294 @ NIZAM 019-6969 680 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan..atau like page C'HIK CUISINE

Tuesday, January 21, 2014

JEJAK KASIH DI WHATS APP

Assalam,

Hari ni rasa happy sebab dah buat group whats app tuk geng-geng sekolah lama..Memang kecoh dan meriah.Dah macam jumpa time hari raya haha..

Lepas dah join group whats app, faham-faham je la..chat masuk tak berhenti-henti..hehe..tapi rasa best sebab dapat jumpa balik kawan-kawan lama sambil mengimbau memori zaman persekolahan.

Bagusnya teknologi zaman sekarang ni.Leh jumpa balik kawan-kawan lama, tapi jangan terlalu leka sudah la. Nanti satu kerja pun tak jalan.Hee.

 Bila dah get in touch balik, hubungan jadi makin rapat. Makin mesra. Sebab banyak benda yang nak dikongsi dan disembangkan. Tambahan pula sekarang semua dah bekerjaya dan berumah tangga. Sungguh indah ukhwah. Terasa manisnya persahabatan berlandaskan mawaddah.

Semoga jejak kasih ini terus menjejaki kita semua sampai bila-bila.

Tuesday, January 14, 2014

AKHIRNYA JODOH SYAMSUL YUSOF DENGAN PUTERI SARAH

Assalamualaikum,


Hari ni bila baca paper nampak ada satu berita tentang pelakon popular dan juga anak pengarah filem popular , Syamsul Yusof bakal bernikah dengan pelakon Puteri Sarah. Mereka dikhabarkan akan diijabkabulkan pada bulan Februari atau Mac tahun ini. Alhamdulillah. Jodoh dah sampai.

Saya ni tak la big fan of them tapi ada satu benda yang menarik untuk dikongsi. Kalau tak silap saya, Puteri Sarah dulu adalah salah seorang artis yang berpakaian agak seksi. Tapi alhamdulilah, dia sudah mendapat hidayah dari Allah dan lihat saja lah Puteri Sarah yang berimej muslimah yang menjaga auratnya. Dia juga pernah melalui kisah sedih apabila putus cinta dengan salah seorang pelakon, Ammar kalau tak silap. Begitu juga dengan Syamsul Yusof yang saya lihat sekarang sudah banyak berubah ke arah kerja-kerja dakwah. Dia juga pernah melalui kisah putus cinta dengan pelakon Diana Danielle satu ketika dulu.

Tapi Allah itu Maha Mengetahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya. Dia datangkan ujian dalam bentuk kesedihan, kekecewaan supaya hamba-hambanya dapat kembali kepada Sang Pencipta. Dapat kembali merintih dan mengadu kepadaNya. Sungguh, Allah rindukan rintihan dari umat-umatnya.

Mungkin juga kisah putus cinta kedua-dua artis tersebut telah membawa mereka kepada satu penghijrahan yang begitu bermakna sekali. Berjaya merubah diri menjadi insan yang lebih baik dan yang paling penting kembali dekat kepada Yang Maha Satu.  Dan mereka terus mengorak langkah untuk berjaya dalam bidang masing-masing tanpa mahu menoleh ke belakang lagi.


                                                                                                                             
Sweet sangat Puteri Sarah berhijab..suke..suke..suke

                                                          
                                                                                                                                  


Nah, akhirnya, setelah kedua-duanya semakin dekat dengan Sang Pencipta, Allah telah hadirkan cinta di dalam hati mereka berdua. Benarlah, perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik. Saya sangat suka dengan ending kisah hidup mereka. Macam kisah perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite. Dan betullah kata orang, kalau kita mahu mencari jodoh yang terbaik, kita sendiri dulu yang harus mengubah diri kita menjadi yang baik.


Semoga kisah mereka menjadi inspirasi buat diri saya dan kita semua..mood happy..:-)


BULU ROMA TEGAK DI HOTEL SWISS GARDEN DAMAI LAUT, LUMUT

                                                                            Assalamualaikum...

Hari ni baru ada kekuatan sikit nak tulis pasal tajuk entri di atas. Huu sebabnya baru hilang sikit rasa seram sejuk. Maklumlah baru balik dari Team building anjuran ofis saya di Damai Laut, Lumut, Perak.

Program berlangsung selama 3 hari 2 malam.  Rasa seronok sangat sebab dapat pegi bercuti dengan ofis mate-ofis mate sekalian walaupun tahu banyak aktiviti kena buat.huu...Nak dijadikan cerita, saya dan ofis mate saya ( sebilik ) dapat satu bilik di tingkat 3. Mula-mula je kaki melangkah masuk bilik tu, hati dah rasa tak syiook..rasa macam serba tak kena, tapi saja nak positifkan diri. Maklum lah tempat baru. Tapi keadaan bilik tu macam suram dan gloomy sangat, lampu bilik pun malap je. Bila buka tingkap sebab excited nak tahu dapat view apa ( harap-harap dapat view laut hee), terus tutup balik tirai langsir dan tak terfikir nak buka lagi. Sebabnya dapat view hutan ok.

Malam pertama, lepas habis aktiviti , saya solat jamak . Roomate saya dah tidur sebab penat sangat dan dia uzur ( hanya untuk wanita ok ..hee). Tergerak hati nak baca Yassin dan buat solat hajat. Alhamdulillah, memang dari rumah tergerak hati nak bawa surah Yassin tu. Lepas habis buat semua tu, tengok jam pukul 1.30 pagi, terus naik katil nak tidur. Tapi sepanjang malam sampai pukul 4 pagi, mata tak boleh lelap walaupun badan rasa penat sangat-sangat. Rupa-rupanya room mate saya pun sama berjaga sampai ke pagi, tak boleh tidur dan mata terkebil-kebil pandang seluruh bilik. Fuh..masing-masing tak mengaku yang sebenarnya tak boleh tidur.

Tak pe lagi. Malam kedua yang agak seram lagi sadis. huu..Lepas habis aktiviti 'Team Performance ' dalam pukul 10.45 malam, saya dan kawan-kawan yang lain pun balik ke bilik. Saya dan room mate ikut je kawan-kawan yang lain balik ke bilik ikut laluan mereka padahal kami tak pernah lalu laluan tu pun sebelum ni di mana terdapat satu lorong yang agak sunyi untuk pergi ke lif di Tingkat 1. Kawan-kawan yang lain dengan gembiranya bergelak ketawa dengan kuat sampai saya terpaksa tegur sebab takut menganggu penghuni bilik lain yang sedang tidur.

Kami pun ramai-ramai naik lif tersebut untuk pergi ke bilik masing-masing. Salah seorang ofis mate  saya, Kak Ira masuk ke dalam lif agak lambat sedikit ketika pintu lif hampir tertutup. Saya berdiri di sebelah room mate saya, Kak Nab. Saya terdengar room mate saya bertanya pada Kak Ira samada dia ok atau tidak. Saya dapat rasa sesuatu yang tidak kena berdasarkan nada dan intonasi room mate saya bertanya pada Kak Ira tetapi saya tidak mahu mencelah. Sampai di Tingkat 3 ( kak Ira juga di tingkat 3), room mate saya berkata yang dia akan datang ke bilik Kak Ira sekejap lagi apabila kami berpisah. Hati saya mula syak sesuatu.

Apabila pintu bilik saya dibuka, saya dapat rasa bilik tu jadi bertambah suram dan menyeramkan. Tapi saya just diam je. Saya terus tanggalkan tudung dan bertanya pada room mate saya apa sebenarnya yang terjadi di dalam lif tersebut. Room mate saya menceritakan bahawa apabila dia bertanya pada Kak Ira samada dia ok atau tidak , tangan Kak Ira yang sedang memegang tangannya dengan tiba-tiba mencengkam tangan room mate saya dengan kuat sekali. Sakit dan kasar. Kak Ira tak semena-mena menangis teresak-esak tetapi cepat-cepat ditenangkan oleh Kak Nab.

Habis saja Kak Nab bercerita, ZAPPPPP ! bulu roma saya tiba -tiba tegak di tengkuk, bukan di lengan. First time, saya rasa perasaan yang sangat takut yang tak pernah saya alami sebelum ini. Sungguh .Pelik.Perasaan yang ganjil.Kak Nab terus memeluk saya sambil menenangkan saya.Kemudian, apabila pelukan dilepaskan saya terus duduk di birai katil sambil mulut terkumat-kamit membaca surah Kursi. Kak Nab bertanya samada saya takut sangat atau tidak ketika itu. Saya mengangguk dan meminta kami cepat-cepat tinggalkan bilik tersebut dan tidur di bilik Kak Ira. Memang tak sempat mandi dan kami terus capai bantal, selimut, baju dan apa saja untuk keluar dari bilik itu. Saya pun tak tau kenapa tapi yang saya tahu saya hanya mahu tinggalkan segera bilik tersebut.


Sampai di bilik Kak Ira, kedengaran ayat-ayat Al-Quran sudah pun dipasang. Kak Ira menangis lagi tapi cepat-cepat ditenangkan oleh Kak Nab. Kemudian, Kak Nab menyuruh saya membaca surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali di atas sebiji limau kasturi yang telah dibelah dua. Alhamdulillah, Allah gerakkan juga hati Kak Nab untuk membawa limau kasturi tersebut dari rumah. Suasana senyap dan sunyi. Hanya alunan ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang ketikajam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Saya kemudian bangun untuk mandi tetapi tiba-tiba terpandang wajah Kak Nab yang sedang duduk di satu sudut bilik tersebut dengan wajah yang agak bengis. Sesekali kedengaran bunyi dia mengeluh dan mendesah. Pelik. Tetapi saya buat-buat tak tahu dan hanya mendiam kan diri. Malam itu juga Kak Nab menolak untuk tidur berkongsi katil dengan saya, Kak Ira dan Kak Nora ( roomate Kak Ira).Saya rasa lega dapat berkongsi katil walaupun saya tidur di sebelah Kak Ira yang saya tahu hampir dirasuk. Ketakutan saya memang hilang.


Keesokkan paginya, dalam pukul 7.30 pagi, saya dan Kak Nab pulang semula ke bilik kami. Rasa lega kerana hari ini hari terakhir program dan kami akan pulang ke rumah . Saya nampak Kak Nab okey dan tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah Kak Nab menceritakan segala-galanya

Rupa-rupanya , sewaktu Kak Ira memegang dan mencengkam tangan Kak Nab di dalam lif, Kak Nab dapat merasakan bahawa makhluk itu sudah mengekori KaK Nab. Tambahan pula, KaK Nab dalam keadaan uzur.Patut lah bulu roma saya tegak sangat-sangat sewaktu di dalam bilik sehingga Kak Nab nampak yang bulu roma saya tegak di tengkuk. Rupa-rupanya makhluk itu berada di dalam bilik saya. Alhamdulillah, Allah menggerakan hati saya untuk cepat-cepat tinggalkan bilik tersebut.

Dan sepanjang malam sampai pukul 5.30 pagi Kak Nab tidak dapat melelapkan mata sebab dia merasakan dadanya sangat berat seolah-olah ditindih sesuatu. Dia  juga merasa pening dan khayal serta suka merenung wajah sendiri di depan cermin. Ada kalanya dia akan merasa khayal dan terbuai-buai dengan perasaan tersebut tetapi apabila dia tersedar, cepat-cepat dia beristighfar. Perasaan yang sama yang pernah dialaminya ketika dia megalami histeria sewaktu di sekolah menengah dulu. Semangatnya hanya pulih sedikit selepas mandi bersama air yang telah dicampur dengan hirisan limau kasturi tersebut.

Alhamdulillah, tiada apa-apa kejadian buruk yang berlaku tetapi saya tak kan lupa perasaan yang sangat pelik yang saya sendiri alami. Dan rupa-rupanya, kawan-kawan lain yang berada di Tingkat 1 dan 3 yang lain turut diganggu pada malam yang sama. Nauzubillahi minzalik. . Dia juga makhluk Allah.

                              


Sunday, January 12, 2014

SEGMEN JALAN-JALAN CARI KAWAN

Mai dekat! Mai dekat! Ni segmen cari kawan, bukan segmen cari jodoh...hehe

Lately ni sally jarang blogwalking sebab sally dalam mood final exam...sebab tak nak hampakan korang...Sally buat satu segmen...sambil korang cari kawan, sally blogwalking...okay tak ni..?

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/01/segmen-jalan-jalan-cari-kawan.html

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

Syarat-syaratnya:

  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
Segmen ini akan berlangsung dari  12/1/2014 sehingga 22/1/2014 (10pm)

2 orang blogger yang bertuah akan menerima hadiah saguhati (undian melalui random.org)

Wednesday, January 8, 2014

SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014


SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014
Buat pertama kali nya Mycherita melancarkan Segment Bloglist MyCherita #1 2014.Untuk segmen ini seramai 10 orang blogger akan di pilih menghiasi bloglist MyCherita  dalam  masa 3 bulan (Januari-Febuari-Mac 2014).

Oleh yang demikian berikut adalah syarat-syarat penyertaan :

1. Follow blog  MyCherita ( wajib )

2. Add G+  MyCherita ( wajib )

3. Like Facebook Fanpage MyCherita ( Wajib )

4. Buat satu post entri dan beri tajuk segmen "SEGMEN BLOGLIST MyCherita #1 2014 ".

5 . Follow Twitter MyCherita ( jika ada )



Mudah kan..???

 Mari sama-sama join segmen ini agar traffic backlink kita akan berterusan mengalir bagi memantapkan kan lagi saham blog kita semua.. ;-)


Sila klik banner diatas untuk menyertai

Segmen bermula 06 Januari 2014 Sehingga 15 Januari 2014

Diharap segmen ini mendapat sambutan dari rakan-rakan semua.

Terima kasih.

Wednesday, January 1, 2014

KELAS IMKK DR. AZIZAN OSMAN DEC 2013 ( 4)

Assalam,

Kelas pertama bermula dengan 'thoughts, ideas, & objectives'. Kenapa saya hadir ke program tu dan apa matlamat hadir ke kelas tersebut. So, Doc pun  suruh la semua peserta tulis sebab dan matlamat dalam work book yang diberi.

Kalau saya, kenapa saya hadir adalah :

1) Dipaksa hadir ( mula-mula memang rasa macam ni..huu)
2) Nak tambah ilmu
3)Nak tambah kenalan
4)Nak tingkatkan potensi diri


Selepas tu, Doc ajar apa yang perlu kita buat dalam hidup kita sebagai Muslim:

1) Bersyukur masih diberi peluang untuk hidup
2)Bersujud
3)Beristighfar
4)Selawat
5) Bersedekah

Dan yang paling penting adalah kita perlukan TINDAKAN LUAR BIASA untuk menjadi seseorang yang LUAR BIASA = FAST ACTION FAST RESULT

Hari pertama ni, saya telah berkenalan dengan beberapa orang peserta yang rata-rata ada bisnes sendiri, tak kira la bisnes dari bisnes jual produk kecantikan sampai la jual air tepi jalan. Time sume peserta tukar-tukar kad bisnes, saya just tukar-tukar senyum je sebab tak ade kad bisnes huu...

Dan yang paling penting, prinsip berniaga yang perlu ada lah untuk membantu menambah nilai kehidupan orang lain. Rajin memberi , rajin bersedekah. The more you give, the more you get.

Dan time yang saya tak boleh lupa pada hari pertama ni adalah apabila diberi tugasan untuk menyenaraikan impian masing-masing sebanyak 101 impian dan sesiapa yang nak special gift dari doc kena hantar pukul 8 pagi esoknya. Bayang kan, kelas habis pukul 11.00 malam. Sampai hotel kul 12 tengah malam. Memang alamatnya impian tu tertulis dalam mimpi-mimpi saya hee...



                                       


HARI KEDUA ( 14/12/13)


Pukul 8 pagi sharp dah kena ada dalam stadium. Bila doc datang dan suruh siapa-siapa yang dah siap 101 impian ( dalam 10 orang ) datang ke depan, saya ingat memang tak ada la yang buat, tapi saya silap. Beberapa orang peserta berlari-lari nak bagi impian diorang supaya doc baca dan untuk dapat special gift tu. Itu bermakna mereka-mereka telah pun menyiapkan 101 impian mereka dengan details sekali pada malam semalam di kala saya dan peserta-peserta yang sedang diulit mimpi . Awesome ! Memang terbukti tindakan luar biasa mereka. ( 101 impian saya hanya dapat disiapkan 3 hari selepas kelas berakhir ..)

Sebenarnya banyak sangat ilmu yang doc ajar terutamanya tentang sucikan kolam jiwa kita. Memang terkesan di hati. Antaranya hati perlu sentiasa bersih dan buang sikap-sikap negatif. Ni lebih kurang macam program motivasi la..tapi motivasi untuk kita mengubah diri kita melalui berniaga. Apa yang kita fikir, cakap, doa , itu  lah yang akan kita dapat. So, beware of what you are thinking and saying.

Dan malam tu, Doc buat program qasidah. Memang best sangat-sangat. Dengan 6,000 orang berqasidah beramai-ramai, bayang kan lah. Selepas selesai berqasidah, ada satu segmen iaitu ' Hot Seat'. Dalam segmen ni, Doc panggil 12 orang student dia yang dah berjaya dan capai tahap jutawan. Yang paling saya tak sangka adalah salah seorang peserta Hot Seat tu adalah lecturer saya ketika di IPTA dulu..Sangat-sangat tak sangka sebab dia just tua setahun dari saya but he manage to be a successful lawyer and set up his own firm. Memang rasa tercabar..hehe...tapi bangga la sebab bangsa Melayu boleh berjaya macam tu.  Dan sangat bertuah sebab ada bangsa Melayu yang nak tolong bangsa Melayu macam apa yang Doc buat.


HARI KETIGA ( 15/12/13)

Hari last, hari air mata. Bukan sebab kelas ni dah nak tamat tapi sebab segmen-segmen yang doc buat hari ni semuanya telah menyebabkan 6,000 orang peserta mengalirkan air mata. Rasa insaf , rasa menyesal semua ada. Segmen yang tak boleh dilupakan adalah segmen 'power of forgiving' atau kuasa memaafkan orang lain. Memang berat untuk buat sebab kita rasa diri kita ni je yang betul, ego dan macam-macam lah. Dan segmen ini juga telah menyebabkan saya dengan beraninya dan dengan tindakan yang luar biasa telah meminta maaf daripada salah seorang saudara saya di mana sebelum ini kami telah tidak bertegur sapa akibat perselisihan faham. Alhamdulillah,dah selesai pun dan tak gaduh-gaduh lagi..huu..


                                               

Saya tak boleh nak cerita dengan details semua segmen tersebut sebab saya nak semua orang pergi dan rasai sendiri kehebatan kelas tersebut dan alhamdulillah, kelas tu telah mendekatkan lagi diri saya dengan Allah s.w.t


                                         
.


HANDPHONE GIVEAWAY BY SYUHADA1981.COM

Handphone GiveAway by Syuhada1981.com

ACHEH LARANG SAMBUTAN TAHUN BARU

Asssalam,

Selamat tahun baru 2014..rasa-rasanya semua orang ada azam tahun baru kan ? Kalau tak de pun, mungkin azam tahun-tahun lepas yang masih belum tercapai boleh di ' carry forward '..hee ..contoh cam saya, azam dari tahun-tahun lepas nak tambah berat badan, tapi masih tak dapat lagi huu...

Ok lah, sebenarnya nak share sikit pasal tajuk kat atas tu.  Bila baca dalam surat khabar tentang wilayah Acheh di Indonesia yang mengharamkan terus sambutan tahun baru di sana untuk umat Islam, terus terfikir kenapa umat Islam kat negara kita ni tak boleh buat macam tu eh? Mm kenapa setiap kali tahun baru je mesti ada konsert, bile ada konsert je mesti tahun baru..serius, tak faham konsep tu dan kenapa perlu ikut gaya orang Barat yang dah bertahun-tahun lamanya meninggalkan negara kita selepas merdeka. Memang kita ni dah nama je dah merdeka tapi minda kita masih dijajah.

Tiba-tiba rasa nak membebel je but it's true. Cuba lah contohi Acheh tu. Walaupun kita tahu yang fatwa tentang pengharaman sambutan tahun baru tu hanya berkuat kuasa pada 24 Disember 2013 oleh Majlis Permusyawaratan Ulama Acheh dan setelah tejadinya musibah Tsunami pada 2004, tapi sekurang-kurangnya mereka jadikan Tsunami tu sebagai iktibar.

Takkan la kita ni nak tunggu sampai satu musibah yang dasyat berlaku baru nak keluarkan fatwa macam tu. Sebenarnya Allah turunkan Tsunami supaya kita semua boleh jadikan iktibar atau ibrah, buka minda, celikkan mata hati , tengok apa yang kita  semua dah buat bila hanyut dalam zaman moden macam ni. Sebenarnya di sini dah banyak musibah yang jadi, contoh macam banjir, kemalangan jalan raya, pembuangan anak ( ni kita ikut tradisi orang-orang zaman Jahiliah), dan macam-macam lagi, tapi apa tindakan kita ? Just tengok, cakap 'apa nak jadi lah zaman sekarang ni, dan berlalu pergi. 

Di Acheh,  kalau nak tahu polis adakan serbuan di hotel-hotel, gerai-gerai makanan selepas fatwa dikeluarkan.Polis juga bubarkan sebarang aktiviti perhimpunan dan sebarang permainan bunga api dan trompet akan dirampas. Mereka menganggap umat Islam hanya perlu menyambut kedatangan Maal Hijrah. Masyallah ! Kita ? Tepuk dada , tanya iman.

Kalau nak buat juga konsert boleh, tapi biar lah berlandaskan syariat-syariat Islam seperti yang dibuat di Pulau Pinang. Sebenarnya kita semua boleh ...boleh berubah. Jangan takut pada kuasa itu, takut la pada Dia yang Satu.



Tabik spring pada Syamsul Yusof...toing !