SETIAP ORANG WAJIB BACA BUKU NI.. |
Memang semua apa yang diceritakan di dalam buku ini benar belaka. Tentang keajaiban bersedekah terutamanya. Ada satu topik di dalam buku ini yang bertajuk ' RM1 DIBALAS RM100', dan beberapa lagi tajuk lain yang berkaitan. Ye. Benar. Sekiranya kita bersedekah sekali, Allah akan membalas sedekah kita itu sepuluh kali ganda.
Ada satu kisah benar-benar terjadi pada diri saya. Saya tidak menganggap yang terjadi itu satu kebetulan melainkan dengan izin Allah s.w.t . Dan apa yang dikata kan sedekah RM1, dibalas 100 memang terjadi pada saya.
Pada bulan Ramadhan yang lalu, sewaktu saya berada di bazar Ramadhan , saya terlihat seorang peminta sedekah yang sudah kudung kakinya meminta sedekah. Selepas saya selesai membeli juadah untuk berbuka, saya terus menghampiri beliau dan memberi sedekah RM5 kepada beliau. Padahal sebelum ini saya hanya memberi RM1 sahaja kepada mana-mana peminta sedekah yang saya temui. Tetapi kali ini perasaan ingin memberi lebih dari kebiasaan tiba-tiba hadir dalam diri. Dan selepas itu saya pulang ke rumah.
Kehidupan saya berjalan seperti biasa sehingga lah ofis saya mengumumkan pemberian bonus atau duit raya sempena hari raya yang akan tiba. Sebagai pekerja yang baru berkhidmat tidak lebih dari 2 tahun, saya terima apa saja jumlah duit raya yang bakal diterima. Majikan saya ( berbangsa Cina ) menyerahkan satu sampul duit raya yang agak tebal. Saya hanya mengambil sampul duit raya tersebut tanpa mengetahui berapa jumlahnya.
Setiba di dalam bilik saya ( di ofis ), saya curi-curi kira jumlah duit tersebut. Saya tidak keluarkan semua duit tersebut untuk mengira, tetapi cukup sekadar mengira helaian wang kertas yang ada di dalam sampul tersebut Alhamdulillah. Jumlah yang saya rasakan sesuai untuk pekerja seperti saya. Dapat lah dijadikan duit raya dan buat persiapan untuk hari raya. Setibanya di rumah, saya terus mengeluarkan sampul duit raya tersebut dan mengira sekali lagi jumlah wang tersebut dengan mengeluarkan terus semua wang kertas RM50 yang ada di dalam sampul tersebut.
Saya terkejut. Jumlah yang saya kira di ofis tadi tidak sama dengan apa yang saya kira di rumah pada waktu itu. Saya kira sekali lagi. Alhamdulillah, syukur apa yang saya dapat lebih dari apa yang saya kira sebelum ini. Dan saya teringat not RM5 yang telah saya sedekah kan di bazar Ramadhan tempoh hari kepada seorang pengemis itu telah datang balik kepada saya dengan jumlah 1,000 kali ganda. Subhanallah. Setiap janji-janji Allah itu pasti.
Dan buku ' Mudahnya Menjemput Rezeki ' ini memang wajib dijadikan panduan untuk kita semua. Buku ini juga saya telah hadiahkan kepada kawan saya (seperti mana telah dinyatakan di atas ), tetapi buku ini kembali kepada saya dengan PERCUMA di mana saya telah dihadiahkan dengan 2 buah buku mini buku tersebut sewaktu saya menyertai program-program Dr. Azizan Osman. Ajaib kan ?
BUKU MINI MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI YANG SAYA DAPAT PERCUMA |
No comments:
Post a Comment